(Resepi dari koleksi buku resepiku)
BAHAN :
500gm bayam, bersihkan dan petik daunnya sahaja
1 s.b minyak/butter, termasuk menggris
1 s.b keju parmesan/mozarella
1 s.b tepung gandum
1 cawan susu segar
4 biji telur, asingkan kuning
1 biji putih telur
garam dan lada hitam mengikut rasa
secubit buah pala serbuk
CARA :
Masukkan bayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali, tutup kuali dan masak 4-5 minit. Angkat dan toskan. Perah sehingga air kering dan cincang kasar, ketepikan. Panaskan oven. Griskan 4 cawan souffle (cawan ketuhar) dan taburkan keju parmesan/mozarella, ketepikan. Panaskan perlahan minyak/butter, tepung dan susu di dalam kuali, kacau hingga berbuih dan masukkan adunan minyak ke dalam bayam dan kacau rata. Pukul kuning telur hingga berbuih, rasakan dengan lada hitam, garam dan buah pala serbuk. Dalam mangkuk berlainan, pukul telur putih hingga kembang, kemudian gaulkan perlahan dengan adunan bayam. Sendukkan adunan ke dalam cawan souffle dan taburkan lebihan keju parmesan/mozarella diatasnya. Bakar 3o minit atau hingga masak. Angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment