(Resepi dari koleksi buku resepiku)
BAHAN :400gm ayam, bahagian dada
4 biji bawang merah, hiris halus
lada hitam dan garam sesuai rasa
1/2 cawan air panas
1 s.b jam strawberi
2 s.t cuka
1 s.t daun pudina, hiris halus
2 biji strawbery, dibelah 2
1 s.t tepung jagung
1 s.t air suam
2 biji strawberi, untuk hiasan
Buah badam, hiris
CARA :Panaskan kuali,masukkan bawang merah, ayam, tambahkan garam, lada hitam dan air. Biarkan mendidih lebih kurang 20 minit. Angkat dan hidangkan dalam pinggan, ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan jam strawberi, cuka, daun pudina dan belahan buah strawberi, masak selama 1 minit. Kacau tepung jagung dan air, masukkan ke dalam sos, biarkan mendidih dan pekat. Hiaskan ayam dengan strawberi, buah badam dan taburkan sos ke atas ayam.
No comments:
Post a Comment