Mmm, Dubai ya… ni Negara yang kaya dgn hasil minyaknye. 1st time ke luar Negara, Dubai lah tempatnye. Aku dah kesana 2 kali je. Yang 1st time tu transit semalam je, tak byk pegi mana2 pun. Tapi aku pernah cuba makanan kat Dubai tu, MashaAllah enaknye, cuba gak cari lagi masa 2nd time, tak dapat lah (sbb aku tak tau namanye, aku tau makan je, sbb tu tak dpt cari lagi…hehehe).
Yang kali kedua aku pegi dgn hubby (kiranya mcm honeymoon gak lah), lepak kat hotel Marriot (mahal tu semalam, lepak 2 malam lak tu, aku ni mcm org jakun pun ada gak that time). Masa tu nak merayap pun dah nak malam, so tak byk tempat kami teroka. Matawang sana Dirham, dan dah tentulah barang kat sana pun mahal2 gak. Masa ni takde amek gambar, sbb first time ke sana, hubby aku ckp tak bole amek gambar nanti kena tangkap, so aku ni dgn sengalnya tak amek lah gambar, takut punya pasal, rugi nye rasa…. Haaa tapi aku ada dua keping gambar yang aku amek, gambar souvenir aku beli masa kat airport, tu pun aku amek pas dah balik dari Dubai (bole lah gak buat tatapan smue yang tgh baca apa yang aku merapu ni)….. Cukuplah setakat ini je pasal Dubai, aku nak cerita pasal Riyadh (Arab Saudi lak), yang ni panjang punya cerita, jgn tak baca tau… Selamat lagi lah ya…membaca menambah ilmu…hehehe
Ni jek yang aku dapat sambar dgn yang kat bawah ni, jadi lah ye, dari takde yang nak di tunjuk kat sini
Teko ajaib sapa lah kat sini, cuma takde tutup je, ni kalau aku gosok, mau keluar bapak jin tu, tengok lah mucungnya yang besar tu...kah kah kah
Jazakallah
Idda Hashim
No comments:
Post a Comment