Pages

Showing posts with label RESEPI - Seafood. Show all posts
Showing posts with label RESEPI - Seafood. Show all posts

Udang Goreng Mayonis Berwasabi















BAHAN DAN CARA :
100gm udang harimau, buang kulit dan bersihkan
1 cawan breadcrumb
1 biji telur, pukul sedikit
1 sb tepung jagung
3 sb mayonis
1/2 sb wasabi
Garam dan pepper secukupnya

Lumurkan udang dengan tepung jagung.
Kemudian celupkan ke dalam telur lalu disalutkan dengan breadcrumb.
Goreng sehingga keemasan, angkat dan ketepikan.
Campurkan mayonis dan wasabi, rasakan, lalu digaulkan bersama udang goreng tadi.
Angkat dan hidangkan.

Photobucket

Prawn n Seaweed Parcels


















BAHAN DAN CARA :
250gm somen/soba noodle
24 ekor udang, dibuang kulit, tinggalkan ekornya
4 keping nori/seaweed
60gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Minyak, untuk menggoreng

Potong soba/somen noodle mengikut saiz udang, ketepikan. Ayakkan tepung, masukkan telur dan kacau rata untuk dijadikan batter (celupan), jika batter agak pekat, tambahkan air. Celupkan udang ke dalam batter
dan bungkuskan udang dengan soba/somen noodle dan  lilitkan  nori/seaweed keliling udang bersomen/soba noodle itu. Gorengkan udang lebih kurang seminit atau hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.

Saran disajikan bersama Asian coriander dip atau Thai dip.

Ikan Sambal Tomato















 BAHAN DAN CARA :
3 ekor ikan talapia, dibersihkan dan lumurkan dengan kunyit dan garam untuk menggoreng
3 biji tomato
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk ketumbar
1 st jintan manis
Daun ketumbar, dihiris kasar

Gorengkan ikan terlebih dahulu, angkat dan ketepikan. Kisar kesemua bahan kecuali daun ketumbar lalu ditumis dan biarkan hingga kuah agak mengering. Masukkan ikan dan balik-balikkan ikan agar kuah meresap ke dalam ikan. Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar, hidangkan.

Ikan Bakar Kicap Manis























BAHAN DAN CARA :
4 keping filet kerapu
1 cawan taugeh, dibuang ekor
3 ulas bawang putih, dicincang
5 biji bawang merah, dihirs nipis
1 st minyak bijan
2 sb kicap manis
2 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris nipis
1 st soya sos
Minyak, untuk disapukan pada aluminium foil

Masukkan setiap filet ikan ke dalam aluminium foil yang berasingan. Campurkan taugeh, bawang merah, bawang putih, minyak bijan, kicap manis, soya sos dan lada merah, gaul sebati dan taburkan keatas filet ikan tadi. Masukkan filet ikan ke dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga ikan matang. Angkat dan hidangkan.

Garithes Yiouvetsi (Baked Prawn with Feta Cheese)




BAHAN DAN CARA :
1 kg udang
1 biji bawang besar, cincang halus
1/2 cawan minyak zaitun
1 cawan daun bawang, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
2 cawan tomato cincang, buang kulitnya
1/4 cawan parsley, cincang
1/2 st oregano kering
Garam dan lada hitam, untuk rasa
125gm feta cheese

Buang kepala udang, biarkan bahagian ekor sahaja dan basuh, tapis serta ketepikan. Panaskan minyak dan masakkan bawang besar, bawang putih hingga harum. Kemudian masukkan tomato, setengah parsley, oregano dan rasakan, biarkan pekat. Masukkan setengah bahan yang telah digoreng tadi ke dalam dulang pembakar, susun udang diatasnya dan tuangkan selebih bahan gorengan keatas udang. Taburkan feta cheese diatasnya dan bakar selama 10-12 minit atau udang kemerahan. Angkat dan hidangkan.

Sambal Kerang




BAHAN :
500gm kerang segar
1/2 biji kelapa parut
500ml santan
1 helai daun kunyit, koyak dan ikat
5 helai daun limau purut
1-2 keping asam gelugur

BAHAN DIHALUSKAN :
100gm lada merah
4 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
1 btg serai, hiris halus
2 s.t halia cincang
2 s.t kunyit cincang
1 s.b lengkuas cincang
2 s.t ketumbar biji, sangrai
1/2 s.t jintan, sangrai
Garam dan gula sesuai selera

CARA :
Masukkan kerang, bahan halus dan semua bahan kecuali kelapa parut, ke dalam kuali. Masakkan kerang dengan api kecil hingga empuk dan kuah memekat. Tambahkan kelapa parut, kacau sampai kelapa menjadi seperti serunding. Angkat dan hidangkan.

Kari Ketam




BAHAN :
5 ekor ketam
1 liter santan
1 btg serai, memarkan
2 helai daun limau purut
1 helai daun salam (bay leaf)
Garam dan gula sesuai selera
1 s.t air asam

BAHAN DIHALUSKAN :
4 biji lada merah
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 s.t halia cincang
1 s.t kunyit cincang
2 s.t lengkuas cincang
1 s.t ketumbar biji, sangrai
3 biji buah keras, sangrai
1/2 s.t jintan, sangrai
1/2 s.t belacan


CARA :
Belah ketam menjadi 2-4 bahagian. Tumis bahan halus dan semua daun sampai harum. Masukkan santan, didihkan. Kecilkan api, masukkan ketam dan masak sampai matang. Angkat dan hidangkan.

Pecak lele (Keli) - Indonesia




BAHAN :
2 ekor ikan keli, bersihkan
250ml santan pekat
25gm daun selasih

BAHAN DIHALUSKAN :
3 biji lada merah, dikukus/dipanggang
5 biji cili padi, dikukus/dipanggang
3 biji buah keras, sangrai
2 helai daun limau purut, goreng
Garam dan gula sesuai rasa

CARA :
Hiris-hiris sedikit di kedua belah badan ikan, lumurkan dengan air asam dan garam selama 10 minit, toskan. Panggang ikan sehingga masak. Dengan hujung senduk, tekan-tekankan ikan agar leper sedikit. Ketepikan. Didihkan santan bersama bahan halus, sampai sedikit mendidih. Angkat dan masukkan daun selasih dan tuangkan kuah keatas ikan dan hidangkan.

Kupang Pasley


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
1kg kupang, bersihkan
1 biji bawang besar, cincang
1 batang celery, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
6 s.b air
garam dan lada hitam mengikut selera
1 s.b butter
1 s.b daun pasley, cincang

CARA :
Masukkan kupang, bawang besar, bawang putih, celery dan air ke dalam periuk. Masak sehingga kulit kupang terbuka. Tambahkan garam, lada hitam, butter dan kacau rata. Angkat dan hidangkan dengan daun pasley.