Riyadh, ibu negara bagi Arab Saudi selepas Jeddah. Kerana Raja Abdul Aziz (Alllahyarham) pada masa tu dia tak nak terdedah sgt pada dunia luar, lebih2 lagi Jeddah adalah tempat paling sibuk pada musim haji dan umrah. Kepadatan penduduk... sgt padat kot sebab semua tanah yang kosong dah penuh dengan bangunan, tak macam masa first time aku kesana dalam tahun 2006-2007...Raja sekarang Raja Abdullah, masih sihat dan tampan...hehe...gatainya....ini mungkin makan byk kurma dan madu lah...Bayangkan royal family ni jek dah ada 36ribu orang...mesti ada byk bini raja yang dulu2 tu kan...Kat sini cuma ada dua musim, winter and summer, tapi ada ...sekarang ni tgh summer dan kepanasan boleh mencecah 45C...panasss tu...kalau lah panas ni kat Msia, rasanya dah cair makeup2 mereka yang suka pakai tebal2 tu...tapi yang uniknya walau panas mcm mana sekalipun, kurang berpeluh sebab sini kering dan windy...dan kekurangannya kulit aku selalu kering dan mengelupas, sampaikan mcm malas nak apply lotion setiap hari...tapi terpaksa gak apply lotion.... Yang kesian is bujang kecik aku tu, first time ke sini, pastu masa baru2 sampai muka dia rashes dan mengelupas gak allergic to dust... siap dengan demam dan selsema tu...aduh kesiannya anak aku dan aku... Kat sini weekedn is on thursday n friday, so tu lah time aku malas nak masak, nak merayap jek... Ala if hubby aku balik keje setiap hari pun aku tetap akan keluar makan angin atau shopping..Matawang kat sini Riyal dan utk sen is halalah.... Cerita pasal shopping complex lak, if tak besar mcm kat Jusco Tebrau kat JB tu tak sah, ada yang lagi besar dari tu pun ada, bayangkan tak ke penat nak berjalan...lenguh satu badan....Tapi sebab apa tau diorg buat shopping complex besar2, sebab nak bagi orang pompuan exercise..sebab takde tempat exercise buat mereka, so kat shopping complex lah tempatnya...hehehe...Yang bestnya kalau pegi shopping complex tu, smue pompuan akan berjubah hitam..mcm yang aku pakai skrg ni...so hitam je dan mmg takde warna lain selain hitam..yang lelaki lak berjubah putih dan qutra (yang pakai kat atas kepala tu, warnanya ada putih dan merah kotak2 putih)...bestnya tgk smue hitam dan putih je... Rumah2 kat sini lak bentuknya petak, susah aku nak jumpa yang ada bumbung...sebab ada tangki kat atas umah mereka, so bertangki2 lah kat atas bumbung tu.... Aku duk kat apartment... Rumah2 kat sini ada divided by two, satu utk org pompuan dan ada pintu masuk masing2 dan satu lagi utk lelaki, pun dgn pintu sendri....so tak dapatlah nak tengok each other antara lelaki dan perempuan.... Apartment aku pun sama gak divided to two, so sebab dah ada dua maka aku jarang ke bahagian lelaki utk mengemas...penatnya nak kemas...Pastu rumah mereka ni if dua tingkat, pagar mereka mesti tingginya setingkat, mcm mana aku nak jenguk kat dalam umah mereka (menyibuk jek aku ni)..dan rumah kat sini, MashaAllah besar2 betul, sampai kalu dah besar sgt bukan panggil rumah, istana tu...Restoran pun sama gak, family dan single ada section masing2, yang familynye siap letak curtain keliling lah, tak nak bagi org lain nampak...Sini foreign worker ada lebih kurang 6juta...oo banyak tu...1 juta je for pakistani dan 1 juta indonesia, the rest lain2 warganegara termasuk hubby aku dan aku...haha...Banyak Phlipino kerja as nurses dan Indonesia as maid dna baru2 ni ada ramai Msian yang keja kat sini, sebab kat sini dapat gaji takde potong EPF, SOCSO ke, dapat bulat2 gaji tu...Mengenai kereta kat sini lak, cara pemanduan dan jalan raya opposite dgn Msia, so jangan salah masuk lorong ya... dan satu lagi, orang pompuan dilarang memandu dan memang takde yang memandu pun..hehehe...pernah sekali masa tu aku nak reverse skit je, sekali kereta polis lalu sebelah, menggelabah aku dibuatnya, pucat muka aku...so aku buat2 betulkan kereta lah..selamat, if tak tido lokap ooi.....padan muka hang....Kereta kat sini tak de kena cukai, so tak lah mahal sgt keretanya... Ini pasal lain lak, ada sekali masa aku kesini first time, ada satu pesalah dijatuhkan hukuman pancung kerana kesalahan merogol... dan if mencuri, potong tangan... ini baru betul, ikut cara Islam....tapi if keluarga mangsa maafkan pesalah tu, maka hukuman tak akan dijalankan tetapi pesalah akan dituntut utk bayar ganti rugi...mangsa dan pesalah,mmm sama2 kesian...Skrg murid2, kita masuk bab masjid lak...hehe...kat sini kiri kanan or mana2 jek, masjid mmg senang nak jumpa, banyak masjid....Pastu bila time masuk waktu solat je, semua masjid ni penuh, tak kira solat jumaat ke solat 5 waktu, selalu jek penuh...dan satu lagi, masuk waktu solat juga, semua kedai dalam shopping complex atau kedai kat tepi jalan akan ditutup sekejap utk tunaikan solat. And also sebelum satu perumahan dibuka, masjid yang akan didirikan dulu dan arah kiblat kat sini tegak, takde senget2.....bestnya if mcm tu kat Msia kan...tapi tak bole daa...its ok....Makkah lak, aku pernah kesana 2 kali (maaf bukan nak bangga ya) satu umrah dan haji, pulak tu pergi naik bas, punyalah panjang masanya...Allah je yang tahu. Masa sampai je kat Masjidil Haram, aku menangis kerana tak percaya aku dapat sampai kesana, MashaAllah tak terkata apapun, musim haji, mak ooi berjuta2 org, tapi yang paling ramai dari Indonesia....Madinah sekali jek, itupun selepas haji, dapat jejakkan kaki kat Masjid Nabawi dan Quba...Jeddah, itupun sebab aku transit kat sana, if tak, tak merasa ke Jeddah. Dammam dan Al Kobar aku pun dah kesana, perjalanan mcm JB to KL, penat gak hubby drive...Kat Al Kobar, ada satu jambatan yang menghubungkan dgn Bahrain...cantik pemandangan dan luasnya lautan...Rasanya dah mcm essay lak aku buat, cuba suruh aku cerita pasal Msia, agak2 terror tak...hampeh....Kat bawah adalah skit2 gambar yang dapat aku snap setiap kali aku keluar makan angin atau shopping... If ada gambar yang lain akan aku masukkan dalam catatan harian aku, if takde just catatan je lah..itupun if aku rajin nak catat... so terima kasih kerana sudi nak baca cerita2 aku ni...jauh pejalanan luas pemandangan....Maaf sekali lagi, bukan ada niat aku nak menunjuk2 tapi buat mereka yang tak pernah kesana, inilah serba sedikit mengenai Arab Saudi dan juga gambar2...dapat tgk gambar pun ok, nak pegi, tak tau bila..kan...
Maaf ya, gambar campur aduk.....
Jazakallah,
Idda Hashim
Samba Bank, salah stu bank yang ada kat Riyadh.. ada banyak bank kat sana, tak sempat nak klik yang lain...next time ya
Tempat aku selalu beli juice..sedapnya
Gambar ni dari apartment aku, aku duk tingkat 2, so dpt lah ambik penuh...if tingkat bawah, dapat ambik gambar pokok je..hahaha
Ntah mcm mana lah, bole yang rumah ni bentuknya kubah...lain semuanya petak...
Salah satu fast food yang ada kat Riyadh, kat sini mmg banyak fast food lah
Mcdonald, dari jauh jek aku ambik gambar ni...
KFC ni kat belakang umah je, jalan kaki pun bole...
Satu2 nya masjid yang memandikan jenazah, masjid lain tak bole digunakan
Anas bin Malek... Masjid bujang kecik aku...hehe, kebetulan nama yang sama, cuma father dia ada family name... apapun serupa tapi tak sama lah
Inilah masjid Anas bin Malik, kat belakang apartment aku, jalan dalam 8 minit sampai lah
Laundry hubby aku antar thobe (jubah) dia... selamat skit nak menggosok, if tak berlambak2
Teksi kat Riyadh, aku belum pernah naik teksi...sebab ada drebar sendri..laki akak lah tu...jangan marah
Kacip fatimah di sana, dah kacip ada tongkat ali pun mesti ada gak, cuma aku tak beli tongkat ali je...kuat betul bau kopi ni...harum semerbak
Gen 2 lagi... aku ingat kat Melbourne je ada Gen 2, sini pun ada gak...aku ada nampak showroom PROTON, tapi tak sempat nak ambik... apapun Hidup Msia
No comments:
Post a Comment