Pages

Showing posts with label RESEPI - Pastries. Show all posts
Showing posts with label RESEPI - Pastries. Show all posts

Freid Cheese Pastries



















BAHAN DAN CARA :
Untuk Pastry
3 cawan tepung gandum
1/4 st garam
1/4 cawan minyak kacang
3/4 cawan air sejuk

Untu inti keju
1 1/2 cawan keju ricotta
1/4 cawan sugar caster
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 st serbuk kayu manis

Minyak untuk menggoreng
Gula icing, untuk hiasan

Ayak tepung dan masukkan garam ke dalam mangkuk adunan. Tuangkan minyak ditengah tepung, gaul hingga menjadi seperti bread crumb. Masukkan air dan uli hingga menjadi doh. Tutupkan doh dan biarkan selama 1 jam. Krimkan keju bersama gula hingga agak kembang dan masukkan telur serta serbuk kayu manis dan ketepikan. Canaikan doh, potong doh berbentuk bulat menggunakan pisau pemotong pastry lebih kurang 8cm. Masukkan 1 st inti keju ke dalam doh-doh yang telah dipotong, lipatkan dan tekankan hujung doh dengan garpu, ulang hingga kesemua doh dan inti habis. Panaskan minyak dan goreng pastry hingga kecoklatan. Angkat dan toskan. Bila pastry sejuk, taburkan gulas icing diatas pastry dan hidangkan.

Baklawa 'Beaj' (Nut pastries)




BAHAN DAN CARA
500gm filo pastry
3/4 cawan butter
1/2 cawan pistachio, cincang

Bahan Inti
2 putih telur
1/2 cawan gula caster
2 cawan walnut, cincang kasar
2 cawan badam, cincang kasar
1 st air ros

'Atar' Sirap
2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 st jus lemon
1 st air ros

Susun 10 keping filo pastry diatas papan pencanai. Sapu setiap keping filo dengan butter. Kemudian potongkan filo 4" segiempat, tutup dengan tuala dapur yang basah dan ketepikan. Untuk bahan inti, pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan air ros, badam dan walnut sedikit demi sedikit dan gaul perlahan. Sapukan butter pada filo yang telah dipotong, masukkan bahan inti ditengah-tengah dan bentukkan filo menjadi seperti kelopak bunga. Masukkan dalam dulang pembakar bergris dan bakar filo selama 30 minit atau kecoklatan. Untuk 'Atar' sirap, masak kesemua bahan dengan api sederhana hingga mendidih dan tuangkan sesudu demi sesudu sirap ke dalam filo dan taburkan dengan pistachio. Hidangkan.


Kataifi (Shredded Nut Pastries)




BAHAN DAN CARA :
500gm kataifi pastry (hanya terdapat di Timur Tengah dan Greek sahaja)
1 cawan butter, cairkan

Bahan Inti
1 cawan walnut, cincang halus - campurkan kesemua bahan dan gaul sebati
1 cawan badam, cincang halus
1/2 cawan gula caster
1 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk cengkih
1 telur putih, pukul sedikit

Bahan Sirup :
2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 st jus lemon
2 sb kulit lemon, hiris halus
4 biji cengkih
1 btg kayu manis
1 sb madu

Susun kataifi pastry diatas papan pencanai. Sapukan butter diatas pastry. Masukkan dua sb bahan inti dan gulung pastry dengan lembut, ulang lagi sehingga bahan inti dan pastry habis. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan sapukan butter diatas gulungan pastry tadi. Bakar selama 40-50 minit atau hingga kecoklatan, angkat dan ketepikan Untuk sirap, masakkan semua bahan sirap hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas pastry yang telah dibakar dan biarkan sejuk. Hidangkan