Pages

Buat kakakku

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments



SELAMAT ULANG TAHUN BUAT KAKAKKU HASLINA BINTI HASHIM YANG BERADA DI JOHOR BAHRU, MALAYSIA. SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMUR SEMAKIN MATANG MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN DUNIA. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR BELIAU, MENAMBAHKAN REZEKINYA, DILIMPAHKAN RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN CEPAT DAPAT ANAK, INSHAALLAH


Merdeka...merdeka...merdeka

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments


HAPPY BIRTHDAY TO MALAYSIA, semoga all Malaysian juga merdeka dari segi mentaliti dan realiti...


PROPHET MUHAMMAD SAW’S RECOMMENDED FOODS


VINEGAR
A food Prophet Muhammad (SAW) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in expensive Italian Restaurants]

MILK
The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.

HONEY
Considered to be the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye salve and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water and is also a Sunnah.

OLIVE OIL
Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.

MUSHROOM
The Prophet (SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes, it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.

GRAPES
The Prophet (SAW) was very fond of grapes - it purifies the blood, provides vigor and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.

DATES
The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food and also to be eaten at the time of childbirth.

FIGS
It is a fruit from paradise and a cure for piles.

BARLEY
Good for fever in a soup form.

MELON
The Prophet (SAW) said: "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring who are good in countenance and good in character."

POMEGRANATE
The Prophet (SAW) said it cleanses you of Satan and evil aspirations for 40 days.

WATER
The Prophet (SAW) said the best drink in this world and the next is water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.

So praise be to our beloved Nabi (SAW) who related us with marvellous knowledge which dazzles the wisest minds.

May this information be beneficial to all of us Insha'Allah

Coconut Chutney




BAHAN DAN CARA :
1 biji kelapa, diparut
1/2 cawan daun ketumbar, dihiris halus
2 biji lada hijau, dicincang lumat
2 st minyak masak
1 st biji sawi (mustard seeds)
1/s st serbuk asafoetida
10 helai daun kari, dihiris halus
Garam, untuk rasa

Panaskan minyak, masukkan biji sawi, goreng sebentar lalu diangkat dan dicampurkan dengan asafoetida dan daun kari. Ketepikan. Panaskan minyak dan masukkan kelapa parut, daun ketumbar, lada hijau, halia dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan biji sawi yang telah digoreng tadi, kacau rata dan rasakan. Angkat dan hidangkan.

Bharuchi Garam Masala


BAHAN DAN CARA :
1/4 cawan serbuk buah pala
3 batang kayu manis
1 sb buah pelaga hijau
2 sb bunga cengkih
3 st lada hitam biji
14 biji bunga lawang

Kisar halus kesemua bahan (tidak perlu digoreng tanpa minyak) dan simpan dalam bekas kedap udara.


Bharuchi Murghi (Home Style Parsi Chicken)




BAHAN DAN CARA :
4 st kacang kuda
7 batang lada kering
375gm kelapa parut segar
30gm kacang tanah, goreng tanpa minyak
3 sb minyak masak
2 biji bawang besar, dihiris halus
400ml santan
180ml air
1.5kg ayam, dipotong
180gm yogurt
1 biji lemon, ambil jusnya
4 st bharuchi garam masala (Rujuk bahagian Resepi - Lain-lain)
Garam dan sebuk lada hitam, untuk rasa

Kisarkan kacang kuda, lada kering, kelapa parut segar dan kacang tanah bersama hingga lumat dan ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan 1 st garam, goreng hingga kecoklatan lalu dimasukkan bahan yang telah dikisar dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, air, daging ayam dan masakkan ayam lebih kurang 20-30 minit. Keluarkan ayam dari penggorengan, masukkan ke dalam pinggan,lalu dicampurkan yogurt, jus lemon dan bharuchi garam masala, kacau rata. Masukkan kembali ayam ke dalam penggorengan dan aduk hingga sebati. Angkat dan hidangkan.


Lamb Roganjosh




BAHAN DAN CARA :
1kg daging kambing, dipotong dadu dan dibersihkan
2 cawan yogurt
2 sb minyak masak
2 btg kayu manis
10 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar, dicincang
2 sb halia cincang
5 biji bawang putih, dicincang
4 st serbuk cili
2 st serbuk kunyit
15gm daun ketumbar, dihiris halus
1 st garam masala
Garam dan sebuk lada hitam, untuk rasa

Dalam mangkuk, campurkan daging kambing bersama yogurt dan 1/2 st garam, perapkan selama 10 minit. Ketepikan. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan goreng hingga harum, lalu masukkan bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng hingga kecoklatan. Kemudian masukkan daging kambing yang telah diperap, serbuk cili, serbuk kunyit, garam masala dan kacau hingga daging empuk. Rasakan dan masukkan daun ketumbar, kacau rata. Angkat dan hidangkan.


2 in 1... aksi

Salam dan selamat berpuasa buat semua. Alhmadulillah aku sihat dan masih berpeluang nak update seharian aku, walau kadang masa tak mengizinkan aku tetap akan cuba luangkan sikit pun jadi lah... Semalam aku buka makan bakso LAGI... eh dah takde benda lain ke nak makan, bukan takde, hubby beli lagi semalam.... tapi ada extra bakso tu, takkan aku nak tengok jek... pulun lah... tak baik membazir, bazirkan kat dalam mulut aku lagi bagus... hahaha.... Kat bawah ni saje aku nak share aksi Anas...



Bukan nak puji Anas bagus, tapi tiap kali aku dan papa dia solat, dia akan amek dia nyer sejadah dan letak kat sebelah atau kadang kat belakang aku.. Ntah apa mimpi semalam, dia dengar azan, terus nak solat, walau arah kiblat nyer berlawanan arah... hentam lah sayang oi...




Ni lak dia berdiri atas dia nyer pamper, nak menyanyi masa tu, konon2 lah... atas pamper pun boleh ini anak....




Ini lah Fulla mcm Barbie gak lah, paling dia suka tiap kali Fulla ni appear kat tv, setiap hari channel yang sama dia nak tengok, tak kira lah 5-10 kali ke, sampai aku dah hampir hafal lirik lagu ni semua, arab tau... hehehe... bila Fulla ni appear, dia akan say 'La' and 'kakak' pastu sengih memanjang... dia ingat kakak dia kot... nape lah say kakak, nape tak say mama...eee perasannya aku ni...





Cranberry & Banana Smoothie




BAHAN DAN CARA :
40gm cranberi kering
1/2 biji lemon, ambil jusnya
1 biji pisang
1 sb bijan
2 sb yogurt
200ml susu segar

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hiaskan dengan buah cranberi kering.


Cool Juice




BAHAN DAN CARA :
100gm strawberi
300gm isi tembikai
75gm timun

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hiaskan dengan hirisan timun, jika suka.



Bugsy Banana




BAHAN DAN CARA :
1 biji lobak merah
1 biji oren
1 biji pisang
1 biji aprikot kering

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hiaskan dengan hirisan pisang.


Blackberry & Grape Smoothie




BAHAN DAN CARA :
125gm blackberi beku
300ml grape jus
1 st madu

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hiaskan dengan blackberi.


Berry Springer




BAHAN DAN CARA :
100gm buah campuran beri beku
100gm lychee dalam tin
50ml santan pekat
100ml susu soya

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hidangkan.


Round the Clock




BAHAN DAN CARA :
1 biji avocado ranum
1 biji pisang ranum
250ml susu soya

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Angkat dan hiaskan dengan ketulan ais.


Apple & Blueberry Smoothie




BAHAN DAN CARA :
2 biji epal
125gm blueberi beku atau segar

* Kisarkan epal dan blueberi bersama hingga lumat. Angkat dan hidangkan.


Biryani Kambing




BAHAN DAN CARA :
4 biji bawang besar, hiris halus
1 cawan minyak masak } dicampur bersama
2 sb butter }
1 1/4 cawan yogurt
1 cawan daun pudina, cincang
6 biji lada hijau, cincang
1 sb halia cincang
1 sb bawang putih cincang
1 sb garam masala
2 sb serbuk cili
1 sb serbuk kunyit
1kg daging kambing, dipotong dadu
Secubit saffron, direndam dengan 2 sb susu panas selama 10 minit
1kg beras basmati, cuci dan rendamkan dalam air sejuk selama 20 minit, toskan
1 biji lemon, ambil jusnya


Churri (Herb and ginger yogurt dip)
1 st jintan manis biji
1/2 cawan daun pudina, hiris halus
1/2 cawan daun ketumbar, hiris halus
2 biji lada merah, cincang
2 cawan yogurt
1 biji bawang besar, hiris halus
Garam, untuk rasa
Cara Churri :
Sangrai jintan manis hingga kecoklatan dan kisarkan, ketepikan. Kisarkan daun pudina, daun ketumbar, halia dan lada hijau hingga lumat. Kemudian campurkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama yogurt, bawang besar dan rasakan. Angkat dan hidangkan.

Cara Biryani :

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga harum. Angkat dan ketepikan. Dalam mangkuk atau periuk, campurkan yogurt, daun ketumbar, daun pudina, lada hijau, halia cincang, bawang putih cincang, garam masala, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang besar yang telah ditumis, daging kambing, saffron dan masakkan sehingga daging empuk, angkat dan ketepikan. Masakkan beras basmati hingga benar-benar matang dan masukkan nasi ke dalam daging yang telah masak empuk tadi. Kacau rata kemudian angkat dan ketepikan.

Masukkan nasi dan daging ke dalam dulang pembakar dan bakar sehingga 40-50 minit. Angkat dan hidangkan. Sajikan bersama churri dan hirisan lemon.



My Nasi Kebuli Ala Timur Tengah




BAHAN DAN CARA :
1/2kg daging kambing, bersihkan dan potong kecil
2 cawan beras basmati, cuci dan toskan
Sebiji tomato, dipotong dadu
10 helai daun kari
4 ulas bawang putih, cincang
2 biji bawang besar, cincang
1 btg kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1/2 st lada hitam
1 st lada putih
1 st garam masala
1 st serbuk kunyit
1/2" halia, cincang
2 sendok ghee
1 sb saffron
1 st arabic spicy masala, jika ada

Untuk hiasan
1 sb daun ketumbar, hiris halus
2 sb pine nut, jika ada
2 sb raisin

Cucumber raita
1 biji tomato, potong dadu
1 biji timun, potong dadu
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 cawan yogurt
1 st jus lemon
Campurkan kesemua bahan, kacau rata dan rasakan.


Masakkan potongan daging kambing bersama bawang putih cincang, halia cincang, kunyit serbuk, garam masala, buah pelaga, bunga cengkih, tomato, lada hitam, lada putih dan garam sehingga daging kambing benar-benar empuk. Tambahkan air jika perlu. Biarkan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan 1 senduk ghee dan goreng sebentar beras basmati lalu ditambah segelas air, biarkan nasi setengah masak dan tutupkan. Biarkan.
Panaskan baki ghee dan tumiskan bawang merah cincang, kayu manis, daun kari sampai harum. Masukkan daging kambing yang telah empuk dan nasi setengah masak tadi. Tambahkan garam jika perlu. Kacau rata dan biarkan kuah agak kering, lalu masukkan arabic spicy masala dan saffron. Tambahkan air jika nasi belum benar-benar masak.
Setelah masak dan kuah mengering, angkat dan masukkan nasi ke dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 10-15 minit. Angkat dan hiaskan dengan pine nut, daun ketumbar, raisin.
Sajikan bersama cucumber raita dan papadam.


Untuk Dikongsi Bersama

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, adab berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang haloba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasaan-kebiasaan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekakan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang secukupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual. Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!






Smooth Operator




BAHAN DAN CARA :
3 biji karot merah
2 biji fig
1 biji oren
1 inci halia segar, cincang lumat
1/2 biji pisang

* Kisar kesemua bahan hingga lumat bersama 5 ketulan ais. Hidang dan hiaskan dengan hirisan fig.


Rocket Fuel




BAHAN DAN CARA :
1 biji mangga ranum
300ml jus nenas
Jus dari 1 biji limau nipis

* Cincang kasar mangga dan bekukan 2 jam atau semalaman. Keluarkan. Kisar kesemua bahan hingga lumat. Hidang dan hiaskan dengan hirisan limau purut, jika suka.


Rasberi Ripple




BAHAN DAN CARA :
100gm rasberi segar
100gm yogurt
100ml susu soya

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Hidang dan hiaskan dengan sedikit yogurt, lalu diputar sedikit.


Mandarin Oriental




BAHAN DAN CARA :
1 biji epal
75gm buah mandarin dalam tin, buangkan jusnya
75gm laici dalam tin, buangkan jusnya

* Kisar kesemua bahan hingga lumat. Hidang dan hiaskan dengan ais dan potongan buah mandarin.

Jumping Jack




BAHAN DAN CARA :
2 biji pisang ranum
450ml air soya
40gm serbuk badam
Secubit serbuk kayu manis
1 sb madu, jika suka

* Hiris pisang dan bekukan selama 2 jam. Keluarkan. Kisar kesemua bahan hingga lumat. Hidangkan dan hiaskan dengan ais dan serbuk kayu manis.


Fruit Smoothie




BAHAN DAN CARA :
1 biji betik
1 biji oren
1 biji pisang
300ml apple juice

* Keluarkan isi betik, buangkan kulit oren. Kisar kesemua bahan hingga lumat. Hidangkan dengan ais.


Drama Queen




BAHAN DAN CARA :
300gm tembikai
1 biji delima
100gm rasberi

* Keluarkan isi tembikai dan delima. Kisar kesemua hingga lumat, jika suka masukkan beberapa ketulan ais. Hidangkan dengan biji delima.


Choc Berry




BAHAN DAN CARA :
50gm chocolate dan hazel spread
50gm stawberi beku
100gm custard
100ml soya milk

* Kisar kesemua bahan hingga lumat, dah hidangkan ke dalam gelas dessert dan hiaskan dengan strawberi.



Binoic Tonic




BAHAN DAN CARA :
1 biji pisang montel
1 biji mangga ranum
150gm yogurt
300ml jus nenas

* Cincang lumat pisang dan mangga, bekukan selama 2 jam atau semalaman. Keluarkan. Masukkan kesemua bahan termasuk pisang dan mangga beku ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat. Hiaskan dengan hirisan nenas, jika suka.


Apple Pie




BAHAN DAN CARA :
100ml epal jus
100ml custard
Serbuk kayu manis, untuk hiasan

* Kisar kesemua bahan hingga lumat, dah hidangkan ke dalam gelas dessert dan taburkan serbuk kayu manis


Cerita semalam dan pagi ni..

Salam buat semua. Semalam aku sempat shopping kat Carrefour sebelum buka, beli barang dapur dan barang aku sendri (asik2 barang dapur, takde barang lain ke.. belilah barang kereta ke umah ke... hahaha). Agak lama gak aku tak kluar since puasa, so amek kesempatan lah semalam, heheheee... tak lama pun kat sana, sebab org pun ramai, so just go to the rak barang yang aku nak beli jek.. nak lama skit time weekend lah.. time tu nak berjam2 pun takpe kan... Aku sempat semalam terawikh walau aku sorg, aku buat yang minimum jek, nak ikut hubby pi masjid, sapa lak nak jagakan Anas, tak concentrate lak nanti nak pray... so buat apa terdaya je lah... Buka puasa semalam, hubby mengidam lak nak makan bubur nasi... macam orang mengandung lak... and aku masak rendang daging sekali, if tak, tak leh makan lak dia... mcm2 hubby aku ni... Rupanya kat Msia dah school holiday, cuma aku terlupa... so anak2 aku relax lah seminggu ni... lepak umah jek lah... Ntah macam mana pagi tadi, masa sahur Anas bole bangun, aduhh nak layan dia lagi... terpaksa hubby panaskan makanan...hehehe... Semalam gak takde gambar aku nak ambik, kepala ingat nak shopping cepat, balik cepat.




Masa aku ngah solat pagi tadi, ntah macam mana si Anas ambik bangku yang dah tercabut dari badannya, letak buku atas tu, dah macam rehal lak.. buku apa tau, manual untuk handphone...hahah asal bole jek ini anak



Bila aku suruh pose nak ambik gambar dia, pandai lak tengok kat camera.. ni pun nak jadi macam mak lang nye yang suka ambik gambar bebyk..



Tengah melaram depan camera, bukan membaca.. masa ni belum mandi lagi



Gambar ni aku ambik masa dah mandi, tapi tak nak pakai baju, so papa nye pakai kan serban atas kepalanya dengan tak berbaju.. Anas Anas, kelakar lah kau ni....



Acar Limau




BAHAN DAN CARA :
15 limau purut, basuh dan keringkan
1 cawan garam
Jus dari 4 limau purut
3 sb minyak masak
1 st halba biji
2 st kunyit serbuk
1 st serbuk asafoetida
2/3 cawan serbuk cili

Potong limau berbentuk segitiga, kemudian masukkan garam dan jus limau, gaul sebati. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan perapkan limau selama seminggu dalam suhu bilik.
Panaskan minyak, masukkan halba biji, serbuk kunyit dan asafoetida dan goreng hingga kecoklatan. Kemudian masukkan halba, kunyit serbuk dan asafoetida ke dalam mesin pengisar dan kisar. Basuh limau yang telah diperap selama seminggu, keringkan. Masukkan bahan yang telah dikisar dan serbuk cili ke dalam limau, gaul sebati. Angkat dan masukkan limau ke dalam bekas kedap udara dan biarkan selama 2 minggu di dalam peti sejuk. Keluarkan dan hidangkan.

Catatan:
Pastikan bekas kedap udara bersih dan kering dan limau dilap kering sebelum dipotong. Acar limau boleh disimpan dalam peti sejuk selama 6 bulan.

Gajar Ka Halwa (Carrot & Cardamon Milk Pudding)




BAHAN DAN CARA :
1/2kg lobak merah, kupas dan parut
4 cawan susu segar, 1/2 cawan dipanaskan
2 sb serbuk buah pelaga
5-6 helai saffron
1/2 cawan badam yang siap dihiris
1/2 cawan pistachio, dihiris atau cincang kasar
1/2 cawan gula
1/2 cawan raisin
150gm butter

Masakkan lobak merah bersama susu, biarkan hingga pekat lebih kurang 1 jam atau lobak lembut. Dalam mangkuk berlainan, campurkan saffron dan susu panas, ketepikan. Bakar pistachio dan badam lebih kurang 6-8 minit, angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan saffron yang direndam bersama susu panas, badam, pistachio, gula, raisin dan butter ke dalam adunan karot tadi, kacau sebati, selama 30-45 minit. Angkat dan hidangkan sejuk atau panas.

Dapat kawan baru

Salam dan selamat berpuasa buat semua Muslim.. Apa khabar hari ni? Moga senang dan sihat menjalani ibadah puasa. Semalam ada guest datang, after maghrib came, so aku masak mee dan bihun goreng, bole tahan sedap...eee perasaannya.... maka dengan ini aku dapat lagi kawan baru, so dia pun cakap kat aku, if ada APA2 aje, give her a call, dia akan tolong aku...hehe bestnya semua nak tolong, tolong kemas dan masak bole tak...hahahaha, dan hubby pun dah kenal lama this family.....InshaAllah, setakat ni aku masih bole handle kesorangan aku dan kesibukan aku dengan kerja rumah..... Aku tak suka sangat nak minta tolong org, tapi if dah terdesak, oi sapa2 nak tolong aku, sini lah.....semalam punyalah penat, after masak, menyapu lak...so hubby cakap, 'tomorrow no need to cook, u looked very tired'... hahaha ayat yang bagus sekali.... maka dengan ini aku teteap akan nak masak, sebab aku nak cuba resepi baru lagi... jeng jeng jeng... apa lak resepi kali ni ye... tengok je lah nanti...




Apa2 aje aku ni, Anas ngah tido pun leh ambik gambar lagi.... hehe saja jek...yang kat bawah tu, time tengahari tido pun nak berselimut... tido malam tak nak pakai selimut pun... tak sama cite kat atas dan gambar ni... hentam je lak



Chicken Pulao




BAHAN DAN CARA :
210 ml minyak masak
2 cawan beras basmati
2 biji bawang besar, hiris halus
1 btg kayu manis
5 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
2 bunga lawang
4 batang daun kari
1 ekor ayam, dipotong 8
1 st halia cincang
2 st bawang putih cincang
2 biji lada hijau, hiris memanjang
1 cawan yogurt
4 biji tomato, potong dadu
210ml santan
5 cawan air atau stok ayam
1 cawan daun ketumbar cincang
Garam dan gula, untuk rasa
1 biji lemon, dibelah 4 - untuk hiasan

Panaskan oven 220C. Basuh beras 6 atau 7 kali. Rendam beras dalam air selama 20 minit, ketepikan. Panaskan minyak, lalu masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, masak hingga harum. Masukkan bawang besar dan kacau lebih kurang 10-15 minit atau hingga kecoklatan. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata, biarkan sebentar lalu masukkan halia, bawang putih, lada hijau, yogurt, tomato, santan, stok ayam atau air dan rasakan. Kacau sesekali dan masakkan selama 20 minit. Toskan beras hingga kering, lalu masukkan ke dalam kuali bersama ayam. Kacau rata, biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga nasi masak. Angkat. Kemudian masukkan nasi ke dalam dulang pembakar, lalu dibakar lebih kurang 20 minit. Angkat dan hidangkan dengan ketumbar cincang dan lemon.

Anak2 tersayang


MOHAMAD ISHAK



INTAN NUR SHAFINAZ



AHMAD IDHAM



ANAS

Belum puasa lagi

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat semua... Haa nampaknya malam tadi anak bulan tak muncul lah, so kat sini puasa on Saturday, mm ingatkan aku puasa dulu...tak pe lah sama jek, kan.... Semalam guest hubby aku tu tak datang, maybe friday, sebab dia kata nak datang before fasting, so aku kena masak lah esok, bahan smue aku dah siapkan tengah nak campakkan dalam kuali jek...hehehe...main campak2 jek, ingat main pondok2 ke...hahaha... Semalam anak2 ada Qiamullail kat skolah, so tido kat skolah lah... and also dapat sms dari my father, wishing selamat berpuasa... rindu nye kat semua... tunggu jek lah... sabar ye... Dan semalam pun malas nak kluar, duk umah jek.. Hubby aku suruh ambik maid, aku kata tak yah lah nak manjakan aku sangat, nanti aku lemak...hehehe tapi aku tanya gak, how much..... so hubby kata expensive during puasa (masih ada hati tanya harga, walau ckp tak nak..hehehe... autaaa lah skit)... bagus gak ada maid, at least aku dapat buat exercise (lagi2 exercise, ada masa pun bukan nak buat..teruk lah aku ni). tengok lah mcam ner, inshaAllah ambik lah...hehe... tak malu....

Get the Selamat Berpuasa code at Myspace Graphics


SELAMAT BERPUASA BUAT ANAK2 DAN KELUARGA TERSAYANG YANG BERADA DI MALAYSIA, BUAT SAHABAT YANG MENEGENALIKU, DAN JUGA BUAT SEMUA MUSLIM DIMANA SAHAJA

Jumpa org Msia

Salam buat semua. Semalam aku pergi shopping untuk barang dapur (lagi 2 shopping, takde benda lain ke aku nak buat)... ala beli skit2 jek untuk nak berpuasa, InshaAllah malam ni kat Saudi akan lihat anak bulan, and if nampak lah anak bulan tu, maka dengan ini Saudi Arabia akan berpuasa esok...yahoo bestnye puasa... tapi kena banyak sabar tau.... And also aku jumpa lak satu family from Msia, Sungai Buloh tu... apa lagi aku bag no phone and address aku, mana tau sama2 leh bertandang kat rumah ke... Aku sebenarnya takde kawan pun kat sini, Alhamdulillah aku bole handle, sebab aku ni peramah (ye ke peramah, ke terlebih peramah..hehehe) bila dah peramah, mcm2 cerita nak berstory, tu yang aku malas... keep to myself jek lah.... Aku lebih suka buat hal sendiri, even kat Msia pun sama gak, aku suka sorang2, malas nak campur sgt dgn orang... kurang skit mengumpat...hehehe.... Apapun bulan puasa ni, jaga mulut, jgn celupar n banyakkan sabar...InshaAllah... Hari ni weekend kat sini, so hubby tak kerja... tak leh lama sangat kat komputer ni... tak sedap lah kan... tapi ni dia kluar jap... aku pun jap jek lah kat sini.... Pun hari ni after asar, ada guest nak datang, so masak simple2 jek... dah siapkan smue bahan, tgh nak masukkan dalam kuali dan masak jek.... Apa2 aku akan update lah ye aku nye receipe from time to time... semalam aku letakkan 3@4 jenis middles eastern nye receipe... sori lah if bahan2 tu takde kat certain area... ok aku stop jap...ada masa aku tulis lagi... Wassalam

Garithes Yiouvetsi (Baked Prawn with Feta Cheese)




BAHAN DAN CARA :
1 kg udang
1 biji bawang besar, cincang halus
1/2 cawan minyak zaitun
1 cawan daun bawang, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
2 cawan tomato cincang, buang kulitnya
1/4 cawan parsley, cincang
1/2 st oregano kering
Garam dan lada hitam, untuk rasa
125gm feta cheese

Buang kepala udang, biarkan bahagian ekor sahaja dan basuh, tapis serta ketepikan. Panaskan minyak dan masakkan bawang besar, bawang putih hingga harum. Kemudian masukkan tomato, setengah parsley, oregano dan rasakan, biarkan pekat. Masukkan setengah bahan yang telah digoreng tadi ke dalam dulang pembakar, susun udang diatasnya dan tuangkan selebih bahan gorengan keatas udang. Taburkan feta cheese diatasnya dan bakar selama 10-12 minit atau udang kemerahan. Angkat dan hidangkan.

Tabouleh




BAHAN DAN CARA
3/4 cawan burghul
2 cawan air sejuk
2 cawan parsley, cincang halus
1/2 cawan daun bawang, cincang halus
1/2 cawan pudina, cincang halus
1/4 cawan minyak zaitun
2 sb jus lemon
Garam dan lada hitam, untuk rasa
2 biji tomato, potong dadu
2 keping lettuce, potong kasar

Rendam burghul bersama air sejuk selama 30 minit. Kemudian tapiskan sehingga kering dan ketepikan. Campurkan kesemua bahan yang telah dicincang, minyak zaitun, jus lemon, tomato dan lettuce dan gaul sebati. Masukkan burghul ke dalam adunan tadi dan rasakan. Angkat dan hidangkan.

Baklawa 'Beaj' (Nut pastries)




BAHAN DAN CARA
500gm filo pastry
3/4 cawan butter
1/2 cawan pistachio, cincang

Bahan Inti
2 putih telur
1/2 cawan gula caster
2 cawan walnut, cincang kasar
2 cawan badam, cincang kasar
1 st air ros

'Atar' Sirap
2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 st jus lemon
1 st air ros

Susun 10 keping filo pastry diatas papan pencanai. Sapu setiap keping filo dengan butter. Kemudian potongkan filo 4" segiempat, tutup dengan tuala dapur yang basah dan ketepikan. Untuk bahan inti, pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan air ros, badam dan walnut sedikit demi sedikit dan gaul perlahan. Sapukan butter pada filo yang telah dipotong, masukkan bahan inti ditengah-tengah dan bentukkan filo menjadi seperti kelopak bunga. Masukkan dalam dulang pembakar bergris dan bakar filo selama 30 minit atau kecoklatan. Untuk 'Atar' sirap, masak kesemua bahan dengan api sederhana hingga mendidih dan tuangkan sesudu demi sesudu sirap ke dalam filo dan taburkan dengan pistachio. Hidangkan.


Kataifi (Shredded Nut Pastries)




BAHAN DAN CARA :
500gm kataifi pastry (hanya terdapat di Timur Tengah dan Greek sahaja)
1 cawan butter, cairkan

Bahan Inti
1 cawan walnut, cincang halus - campurkan kesemua bahan dan gaul sebati
1 cawan badam, cincang halus
1/2 cawan gula caster
1 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk cengkih
1 telur putih, pukul sedikit

Bahan Sirup :
2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 st jus lemon
2 sb kulit lemon, hiris halus
4 biji cengkih
1 btg kayu manis
1 sb madu

Susun kataifi pastry diatas papan pencanai. Sapukan butter diatas pastry. Masukkan dua sb bahan inti dan gulung pastry dengan lembut, ulang lagi sehingga bahan inti dan pastry habis. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan sapukan butter diatas gulungan pastry tadi. Bakar selama 40-50 minit atau hingga kecoklatan, angkat dan ketepikan Untuk sirap, masakkan semua bahan sirap hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas pastry yang telah dibakar dan biarkan sejuk. Hidangkan

Anoushabour (Barley Pudding)




BAHAN DAN CARA :
1 cawan barli
4 cawan air sejuk
1 btg kayu manis
1 cawan gula

Bahan hiasan
1 st serbuk kayu manis
2 sb kacang badam, cincang kasar
2 sb kacang hazel, cincang kasar
2 sb walnut, cincang
2 sb sultana

Basuh barli dan rendam dalam 4 cawan air sejuk, biarkan semalaman.
Masak barli bersama air rendaman, kayu manis dan didihkan. Kacau perlahan selama 2 jam atau sehingga barli kelihatan seperti bubur nasi, keluarkan kayu manis. Kemudian masukkan gula dan kacau lebih kurang 10 minit. Angkat dan masukkan dalam cawan puding dan hiaskan dengan bahan hiasan. Hidangkan samada sejuk atau suam.

Steak with Creamy Mushroom Sauce and Baked Potato




BAHAN DAN CARA:
Steak
2 keping daging steak
* Perapkan daging bersama serbuk lada hitam dan garam, biarkan selama 30 minit. Masakkan steak hingga kecoklatan. Angkat dan ketepikan.

Sos Cendawan
1 cawan cendawan butang, hiris nipis
1/2 batang leek, hiris nipis
1 st butter
1 cawan krim
2 st soya sos
Lada hitam dan garam
* Panaskan butter, masukkan cendawan butang, leek, soya sos, lada hitam dan garam. Biarkan mendidih sebentar dan masukkan krim dan kacau. Angkat dan ketepikan.

Baked Cheese Stuffed Potato
2 biji kentang bersaiz besar, kupas dan bakar selama 45 minit
2 st krim panas
3 sb keju cheddar, diparut
2 st butter
1 biji telur, pukul kembang
Secubit garam dan lada hitam
* Potong bahagian atas kentang yang telah dibakar, dan sudukan keluar isi kentang dan biarkan berlubang ditengah-tengah. Lenyekkan isi kentang lalu masukkan garam, butter, keju, krim dan telur. Kacau adunan sedikit kembang dan sudukan adunan ke dalam kentang bakar tadi. Sapukan butter diatasnya dan bakar selama 10-15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan bersama steak serta sos cendawan.



Cream Puff Pastry




BAHAN :
Untuk Pastry
1/2 cawan butter
1 cawan air
1/2 s.t garam
1 cawan tepung serbaguna
4 biji telur

Untuk Custard
2/3 cawan gula
4 s.b tepung jagung
1/4 s.t garam
2 telur, dipukul
2 s.t vanila
1 cawan krim, dipukul

CARA :
Panasan oven 200C. Dalam periuk sedang, panaskan air dan masakkan butter, biarkan mendidih. Setelah mendidih dan kecilkan api, masukkan tepung, garam dan kacau hingga doh menjadi seperti bola. Angkat dan masukkan sebiji demi sebiji telur dan kacau dengan pantas sehingga doh menjadi berkilat dan licin. Sudukan pastry doh ke dalam dulang pembakar bergris, sesudu demi sesudu hingga habis. Bakar pastry lebih kurang 30-40 mninit. Angkat dan sejukkan.
Untuk custard : Masukkan kesemua bahan custard kecuali krim, kacau hingga mendidih. Angkat dan sejukkan dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam. Keluarkan dan aduk perlahan bersama krim yang telah dipukul. Masukkan custard ke dalam pastry dan taburkan gula icing keatas pastry.

Chicken Chettinad





BAHAN :
1 ekor ayam, potong 8
1/2 cawan buttermilk
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 s.t asafoetida
2 biji bawang besar, cincang
2 1/2 s.t halia cincang
3 ulas bawang putih, cincang
3-4 s.t serbuk cili
2 s.t serbuk ketumbar
3 s.t serbuk kunyit
4 biji tomato, cincang
1/2 cawan daun ketumbar, hiris kasar
10 keping daun kari
Garam dan lada hitam
Minyak masak

CARA :
Perapkan ayam dengan buttermilk, simpan dalam peti ais sementara siapkan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan cengkih, kayu manis dan buah pelaga, goreng hingga harum. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk lada, ketumbar serta kunyit dan masak hingga kecoklatan. Masukkan tomato dan ayam yang telah diperap bersama buttermilk tadi. Kacau rata dan biarkan lebih kurang 10-15 minit atau hingga ayam masak. Rasakan. Taburkan daun ketumbar, daun kari dan kacau. Angkat dan hidangkan bersama nasi butter.

Soto Ayam Madura




BAHAN :
1 ekor ayam, belah 2-4
1 1/2 liter stok perebus ayam
1 btg serai, memarkan
3 helai daun limau purut

BAHAN DIHALUSKAN :
1 s.t halia cincang
2 s.t kunyit cincang
1 s.t lada putih biji
4 biji buah keras, sangrai
5 ulas bawang putih
1 s.t garam

Pelengkap :
100gm taugeh, bersih dan buang ekor, rendam sebentar dalam air panas dan toskan
50gm sohun, rendam hingga lembut dan potong-potong
4 biji telur rebus, belah 4
1-2 s.b bawang goreng
3 btg daun bawang
2 btg daun sop
75gm kerepek kentang
Sambal soto - rebus dan haluskan 5 biji lada merah dan 5 biji cili padi dan garamkan
Kicap manis
Hirisan limau nipis

CARA :
Rebus ayam dengan 2 liter air hingga empuk dan sisakan stok ayam 1500ml. Goreng ayam hingga daging mengering, siat-siatkan isinya. Ketepikan. Tumis bahan halus, serai dan daun limau purut sampai harum, masukkan stok ayam dan didihkan dengan api kecil selama 30 minit.

Saran sajian : Susun sohun, taugeh, siatan ayam, telur, daun bawang dan daun sop. Tuangkan kuah panas dan taburkan dengan kerepek kentang dan bawang goreng. Hidangkan dengan sambal, kicap manis dan hirisan limau nipis.

Soto Banjar




BAHAN :
1 ekor ayam, belah 2-4, rebus empuk dan toskan, siat-siatkan isinya
1 1/2 liter stok perebus ayam
1/2 s.t serbuk lada putih
3-4 btg daun sop, hiris halus
1 bungkus sop bunjut

BAHAN DIHALUSKAN :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

PELENGKAP :
100gm sohun, rendam dan toskan, potong-potong
3 biji telur rebus, belah 4
2 s.b bawang goreng
Ketupat (pilihan)
Pegedel kentang
Limau nipis
Kicap manis, ikut selera

SAMBAL - dihaluskan dan tumis
5 biji cili padi
10 biji lada merah
5 bij buah keras, sangrai
1 s.t belacan
Garam dan gula sesuai selera
1 s.b minyak, untuk menumis

CARA :
Tumis bahan halus sampai harum, masukkan stok ayam, sop bunjut dan lada putih. Tutup dan masak dengan api kecil selama 30 minit. Ketepikan.

Saran sajian : Susun sohun diatas ketupat, masukkan siatan ayam, daun sop, pegedel kentang dan telur. Tuangkan kuah panas dan taburkan bawang goreng. Hidangkan dengan sambal, kicap dan limau nipis.