1) Gambar sebelum dan selepas ke Dammam, biasa lar mesti gambar tuan punyer blog dulu yang dipamerkan.... Gambar bawah kanan tu, masa on the way nak balik, tersesat sejauh 50km ooi, jauh tu.... baru jumpa jalan balik ke Riyadh. kesian nyer... (sempat posing walau tersesat..hehehe)
3) Yang ni lak yang pasir nyer warna merah....
4) Gambar yang atas ni, masa ngah lalu kat sini terjadi ribut pasir, tapi tak lah kuat sgt ribut tu, so dah nama nyer ribut, gambar pun beribut gak lar ye..hehehe. Kat bawah kanan lak, ntah apa2 jek, kat tgh2 desert pun diaorg nak buat amusement park, yang bulat tu kono2 macam eye on Malaysia lar. Yang sebelah kiri is petrol station, tak mcm kat Msia dia nyer R&R kan!!
5) Still padang pasir, cuma dah hampir nak sampai ke Dammam baru terbentang luas desert yang ada pokok2 (Gambar yang kat bawah tu)
6) Yang ini masa 2nd day nak ke Al-Khobar, so dari Al-Khobar bole terus ke Bahrain melalui jambatan ni, so kiri kanan laut pulak...
7) Panjang bridge ni lebih kurang 27km, and di tengah2 nyer ada pulau buatan sebelum ke Bahrain. Gambar bawah tu, kat tengah2 jambatan (pulau buatan tu)
8) Inilah dia check point nak ke Bahrain... dah tak jauh pun nak ke sana, cuma nak ada visa jek, sampai lah... lain kali lak aku nak kesana, InshaAllah
9) Yang ini lak pasir nyer sgt halus, n bila angin tiup, ia membukit.. Gambar ni masa dalam perjalanan nak balik ke Riyadh
10) Sama gak, masa on the way nak balik, dan yang tersesat jalan tu...hehehe... Haa yang best nyer bole nampak unta berkeliaran kat sini... nasib baik unta tu besar dari keta aku, if tak mau aku tangkap unta tu and ikat atas bumbung kete...hahahaaa
11) Ini lah dia hotel yang kitaorg lepak, Tulip Inn, biasa jer hotel, tapi ada spa lagi... Masa dah samapi Damman dan nak cari hotel ni, kira berpusing2 gak lah nak mencari... Laa sekali dah lalu pun, cuma tak perasaan jek
13) Playground ni terletak depan laut, pegi waktu tengahari, dah tu panas lak tu... sebab dah takde benda nak buat after pulang dari jambatan tu, so lepak jap kat sini... Salah satu yang ada di Cornice
14) Biasa lah aksi Anas,bila camera depan mata, mcm2 aksi yang nak dibuat nyer...aku blm sempat kira sampai 3 dan klik, dah sibuk nak tgk gambar dia... mcm ner tu???
16) Laut Cornice (ntah apa nama sebenar nyer, aku ngak tau daa).. Kat sini ramai yang datang lepak dan mandi kat, so bila yang pompuan nak mandi, dengan jubah2 sekali diaorg pakai, (gambar atas kanan). Ikut hati mcm nak mandi, tapi segan lah, so banyak lah nampak yang warna hitam jek kat dalam air tu...hehehe
17) Kapal tu pun nak lepak kat sini jap, ngah tunggu illegal migrate, nak bawa pulang ke negara masing2.... hahaha percaya ker apa aku ckp ni... aku gurau jek... Cuma tak berkesempatan nak saksikan sunset dan sunrise jek... Masa kat Bali dapat gak tgk sunset...cantik ooo
18) Inilah bilik hotel kitaorg. Gambar atas is entrance nyer, so masuk2 jek trus nampak dapur dulu, yang kat bawah hall nyer...quite big gak room nyer
19) Dapur dan cabinet nyer... Ade ke tak sediakan kettle, so kitaorg terpaksa beli kettle... aarghh apa daa mcm ni... so banyak bekalan kitaorg bawa, terutama maggie.... time malam2 if lapar, boleh pulun maggie tu, kan
20) Jeng jeng jeng, yang ni bilik beradu kitaorg...nampak mewah jer and mcm tak nak pakai jek katil tu...heiii mana bole tak nak pakai, rugi tu, abis tak kan nak tido atas lantai kot????
21) Bathroom and sink nyer, tapi tak berapa selesa, sebab leaking lah pulak dia nyer bath tub tu... ahh peduli apa aku, yang penting aku dapat berendam dalam tub tu....
Itu saja lah persembahan dari Damman dan Al-Khobar.... Walau tak lama kat sana, tapi pengalaman yang buat segala nyer jadi best... even this is 2nd time aku ke sini (masa first time, tak tido sana, pergi balik hari, lagi lah penat)... Ok lah, adios....
1 comment:
Salam perkenalan daripada kacamata..
Post a Comment