Pages

Chocolate Fudge Cake




















BAHAN DAN CARA :
Untuk Kek
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sb baking powder
3/4 cawan serbuk koko
1 st serbuk kayu manis
1 cawan susu skim segar
2 sb jus lemon
1 st esen vanilla
1/2 cawan gula caster

Untuk Filling
1/2 cawan jam aprikot
1/2 cawan sour cream
1 sb madu
1 st esen vanilla

Untuk Fudge Topping
1/4 cawan corn syrup
4 sb coklat chips
1/4 cawan serbuk koko
2 sb susu skim segar
4 sb gula icing
1 sb coklat masak yang telah diparut (untuk hiasan)
2 sb walnut, jika suka

Panaskan oven 175C dan griskan loyang pembakar bulat.

Untuk kek. Ayakkan tepung, baking powder, serbuk koko dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk, ketepikan. Campurkan susu, esen vanilla, gula caster dan jus lemon ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul rata agar sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 65 minit atau hingga kek masak. Biarkan sejuk baru dipotong tengah, dan ketepikan.
Untuk filling. Campurkan madu, sour cream dan esen vanilla dan gaul sebati. Ketepikan.
Untuk fudge topping. Panaskan corn syrup, jangan sampai mendidih. Campurkan corn syrup bersama serbuk koko, susu dan gula icing. Gaul sebati hingga menjadi batter dan masukkan coklat chips. Ketepikan.
Untuk menghias. Sapukan aprikot jam pada bahagian tengah kek yang telah dipotong dan sapukan filling keatas jam dan tutup dengan lapisan atas kek. Tuangkan fudge topping keatas kek dan taburkan dengan coklat masak yang telah diparut dan walnut. Hidangkan.

No comments: