Pages

ChoCoLate cAKe CoNe





















BAHAN DAN CARA :
Untuk Kek
150gm instant chocolate/vanilla cake
1 biji telur
20gm butter/minyak sayuran
1/2 cawan air
4 keping kon mangkuk, bungkus keliling menggunakan aluminium foil agar kon tidak melebar ketika dibakar

Untuk Hiasan
1 cawan whipping cream
50gm coklat masak, 1 sb butter, 2 sb susu segar (dicampurkan dan dicairkan menggunakan double boiler)
2 sb coklat masak, diparut
2 sb badam, dicincang

Gunakan 150gm instant chocolate/vanilla cake, kemudian masukkan telur, butter/minyak sayuran dan air. Gaul sebati menggunakan hand mixer dan tuangkan adunan ke dalam kon (hanya diisi setengah sahaja setiap kon) dan bakar dengan 175C selama 20-30 minit atau kek masak. Angkat, sejukkan dan ketepikan. Cairkan coklat masak dengan cara double boiler (meletakkan mangkuk diatas air yang sedang mendidih), lalu masukkan butter dan susu segar, kacau rata hingga pekat dan ketepikan. Pukulkan cream hingga kembang dan gunakan piping beg untuk menghias kek. Tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi dan taburkan dengan coklat masak parut dan juga badam. Hidangkan

No comments: