BAHAN DAN CARA :
280gm packet naan bread mix
2 batang daun bawang, dihiris halus
250gm yogurt
1 sb nigella seed (black onion seed) jika ada. Jika tiada gunakan bijan hitam
Panaskan oven 190C.
Masukkan naan bread mix ke dalam mangkuk dan masukkan daun bawang. (Ikuti langkah yang disediakan di pembungkus naan bread mix untuk menjadikannya doh). Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan setiap bahagian jadikan 6 (4 x 6 = 24 bahagian kecil). Canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat 5cm. Masukkan doh yang telah dicanai ke dalam dulang pembakar dan sapukan yogurt dan taburkan nigella seed atau bijan hitam keatasnya. Bakar hingga 15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan.
Saran dihidangkan bersama kuah dal.