Pages

Chicken Koobideh




















BAHAN DAN CARA :
1kg ayam tanpa tulang, dicincang halus
2 st garam
2 st serbuk cili
2 st serbuk kunyit
3 gm serbuk safron
100gm minyak sayuran/zaitun
250gm air bawang

Gaulkan ayam yang telah dicincang bersama air bawang, kemudian masukkan serbuk kunyit, cili, safron dan minyak sayuran/zaitun, rasakan. Gaul rata, kemudian cucukkan ke besi pencucuk dan panggang hingga kecoklatan. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

Kebab Ayam


























BAHAN DAN CARA :
1kg dada ayam
250gm air perahan bawang besar
1 cawan minyak sayuran/zaitun
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 st serbuk kunyit
2 cawan air dicampurkan sedikit safron
Sebiji tomato, untuk hiasan (dipanggang bersama ayam)
Lemon dan bawang besar, untuk hiasan

Potong kecil dada ayam dan masukkan ke dalam mangkuk.  Kemudian masukkan air safron, serbuk kunyit, minyak sayuran dan rasakan. Perapkan selama 3 jam kemudian baru dipanggang. Semasa panggang, renjiskan air bawang keatas ayam. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

My Pudding Caramel




















BAHAN DAN CARA :
Untuk puding
10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk caramel
Gula

Untuk puding. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air lebih kurang setengah tin susu tadi. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih, ketepikan. Untuk caramel. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair, kacau selalu agar gula cair dengan sekata, tambahkan sedikit air. Jika sudah pekat keperangan, angkat dan ketepikan. Untuk mengukus. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus lebih kurang 20-30minit. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan dan kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.

Tomato/Cucumber Yogurt


BAHAN DAN CARA :
Sebii timun, dipotong dadu
Sebiji tomato, dipotong dadu
Daun ketumbar, dihiris halus
3-4sb yogurt
1 sb jus lemon
Garam dan sebuk lada hitam, untuk rasa

Campurkan kesemua bahan, gaul rata dan rasakan. Hidangkan
(Sesuai dihidangkan dengan Biryani kambing atau Nasi kebuli)

Kentang Goreng


BAHAN DAN CARA :
2 biji kentang, dipotong wedge/memanjang
Sebiji timun, dipotong memanjang
Sebiji karot, dipotong memanjang
Segenggam daun ketumbar
1 st mustard seeds
Sebiji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa

Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum, lalu masukkan kentang dan karot, kacau dan biarkan kentang dan karot empuk, tambahkan air jika perlu. Kemudian masukkan mustard seed, timun dan daun ketumbar. Rasakan. Angkat dan hidangkan.

Acar Bawang
























BAHAN DAN CARA :

Sebiji bawang besar, dihiris halus
1 cawan daun parsley
1 sb jus lemon
Secubit garam
1 sb beet merah, dicincang halus, jika suka

Gaul kesemua bahan, rasakan dan hidangkan bersama chicken kabsa atau mandy.

Ratu....gambar


Ini lah gambar adik dan anak aku (intan, yang pakai tudung tu...yang kat depan tau, bukan kat belakang adik aku tu)... Gambar dia dgn kengkawan dia masa gi open house, (hampir setiap minggu asik gi open house jek, tengok lah badan dia... open jek...hahaha). Biasa lar minah ni memang suka selit jek kat mana2, tak kira lah kamera orang ker, kamera dia... hampir semua nyer muka dia... eeee takde muka lain ker....


Inilah dia Ratu ... kamera n gambar .... hahahha .... Inilah adik aku yang menjaga anak2 aku sepeningglan aku ke luar negara .... dengan rambut baru nyer ... ala tiru rambut aku lar tu .... gambar raya baru2 ni .... aku suruh dia email smue gambar family, ada ke patut gambar dia jek yang dia email ... apa daaa .... tak pe lah sementara nak tunggu gambar lain dia email, aku letakkan dulu gambar dia sebagai penghias blog aku pada hari ni .... so buat adik aku tu, cepat2 email kat aku family photo yang lain .... thanks yah

Lagu Thailand, Indon

Nape lah tetiba aku teringat lagu2 Thailand yang aku suka dulu, last 4 years lah aku mula suka lagu Thai, tapi cuma beberapa penyanyi nyer jek yang aku suka. Sampaikan aku bole hafal lagu nyer, adalah dalam 5-6 buah lagu bole aku nyanyi.... kadang anak2 aku hairan, kena sampuk ke ibu diorang ni, sampai lagu thailand pun suka... bukan aku tak suka lagu melayu, cuma saja suka2 dengar lagu bahasa lain lak... if buka you tube tu, memang lagu indon n thailand jek aku dengar...lagu melayu nanti lah balik Msia baru aku dengar.... Aku ada kaset and cd nyer dulu, tapi dah pindah sana sini, ntah mana pergi cd nyer.... Sekarang ni aku tgh tunggu CD nyer (Thailand dan Indon, yang indon aku suruh ex driver aku pos) sampai kat JB, so bila aku balik JB bole aku dengar lagu2 tu, ala sekali2 layan telinga dengar lagu thailand dan indon.... mesti jiran ingat mana punyer indon dan thailand mari daaa..... apa yang penting, aku tak ganggu orang dan nape lak nak sibuk2 kan.... So sesiapa yang buka blog aku ni, adalah 4-5 lagu thailand aku ada selitkan, begitu juga dengan lagu indon..... So layannnnnn....zazzzzzzz

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Two-seed Crackers















BAHAN DAN CARA :
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 sb mustard seeds
2 sb bijan
60gm butter
1/2 cawan air sejuk

Panaskan oven 180C dan griskan dulang pembakar, ketepikan.
Ayakkan tepung, baking powder dan 1/2 st garam ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bijan dan mustard seeds dan taburkan sedikit sebuk lada hitam dan garam. Masukkan butter ke dalam adunan tepung dan dengan  menggunakan hujung jari, sebatikan hingga menjadi seperti bread crumbs. Buat lubang di tengah dan masukkan air sejuk, kacau sebati hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 2 bahagian jika doh terlalu besar agar senang untuk membentukkannya. Bentukkan doh seperti sosej dan hiris setebal 5mm dan masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit. Angkat dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara, dan boleh simpan selama 5-6 hari.

Basil n Cheese Grissini















BAHAN DAN CARA :
7gm dry yeast (packet)
1 st gula

315ml air suam
4 cawan all purpose flour
1/4 cawan minyak zaitun
1/4 cawan daun basil, dicincang (kering atau segar)
1/2 cawan keju parmesan, diparut
2 sb kepingan garam laut, jika ada

Campurkan yeast, gula bersama air suam, biarkan 5-10 minit atau yeast berbuih, ketepikan. Ayakkan tepung bersama 1 st garam, lalu dimasukkan ke dalam yeast tadi dan masukkan sekali minyak zaitun. Ulikan adunan sehingga menjadi doh dan masukkan keju dan daun basil, uli hingga sebati. Tutupkan doh dengan tuala basah, dan biarkan selama 1jam. Panaskan oven 230C dan griskan dulang pembakar. Keluarkan doh, tumbukkan sedikit agar gas dalam doh keluar. Bahagikan doh kepada 24 bahagian dan uli hingga jadi bentuk seperti sosej. Masukkan dalam dulang pembakar dan taburkan garam laut ke atasnya dan bakar selama 15 minit atau hingga kecoklatan dan rangup. Angkat dan hidangkan.

Vege Tempura Patties















BAHAN DAN CARA :
Wasabi Mayonese
2 st serbuk wasabi
1 st japanese soya sos
1/2 cawan mayonese

Untuk Vege
1/2 batang karot } dipotong memanjang dan dihiris nipis
2 biji keledek }
Sebiji zucchini } 
Sebiji kentang }
2 batang daun bawang }
4 keping nori }
1/2 biji bawang merah, dicincang
* 2 cawan tepung tempura, diayak
* 1 cawan soda water
* 2 sb parutan halia
Minyak untuk menggoreng

Untuk wasabi mayonese, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati, ketepikan. Untuk vege, campurkan kesemua bahan kecuali bertanda (*) dalam mangkuk dan gaul sebati, ketepikan. Masukkan tepung tempura, soda water, halia ke dalam mangkuk, kacau sebati hingga menjadi batter lalu masukkan vege ke dalam batter dan gaul sebati. Gorengkan vege sedikit demi sedikit hingga kekuningan dan rangup. Angkat, toskan minyak lalu ditaburkan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama wasabi mayonese.

Cajun Chicken with Lime and Tomato





















BAHAN DAN CARA :
2 biji limau nipis, dibelah 4
3 biji tomato, dibelah 4
Daun ketumbar, dihiris kasar
4 keping bahagian dada ayam
2 sb serbuk cajun

Perapkan ayam dengan serbuk cajun, gorengkan hingga kecoklatan. Angkat dan ketepikan, lalu dihiris tebal sedikit isi ayam tersebut. Gorengkan limau nipis dan tomato sebentar, angkat. Campurkan kesemua bahan yang telah digoreng bersama daun ketumbar. Hiaskan dan hidangkan.

Soba Noodle Salad














BAHAN DAN CARA :
220gm soba noodle
1 biji lebanese/japanese timun
250gm baby bak choy, dibersihkan dan cuci
1 biji lada bengala merah, dihiris memanjang
2 st soya sos
1 st minyak bijan
1 st parutan halia
2 st bijan hitam/putih

Masakkan soba lebih kurang 3-5 minit atau hingga soba lembut. Angkat dan rendamkan dalam air sejuk sebentar lalu ditoskan dan ketepikan. Potong timun nipis dan memanjang (menggunakan pengupas kulit buah), masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bersama bak choy, lada bengala, soya sos, minyak bijan dan halia lalu ditaburkan bijan hitam/putih keatasnya dan hidangkan.

Prawn n Seaweed Parcels


















BAHAN DAN CARA :
250gm somen/soba noodle
24 ekor udang, dibuang kulit, tinggalkan ekornya
4 keping nori/seaweed
60gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Minyak, untuk menggoreng

Potong soba/somen noodle mengikut saiz udang, ketepikan. Ayakkan tepung, masukkan telur dan kacau rata untuk dijadikan batter (celupan), jika batter agak pekat, tambahkan air. Celupkan udang ke dalam batter
dan bungkuskan udang dengan soba/somen noodle dan  lilitkan  nori/seaweed keliling udang bersomen/soba noodle itu. Gorengkan udang lebih kurang seminit atau hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.

Saran disajikan bersama Asian coriander dip atau Thai dip.

Hummus




BAHAN DAN CARA :
425gm kacang kuda dalam tin, dibuang airnya
(Jika tiada, rendam 300gm kacang kuda semalaman dan rebus hingga lembut dan kisar lumat)
2-3 sb jus lemon
2 sb minyak zaitun
2 ulas bawang putih, dicincang lumat
1/4 cawan tahini (biji bijan yang dicampur sedikit minyak zaitun dan dikisar halus, biasanya terdapat di pasaraya yang menjual makanan international)

Masukkan kesemua bahan kedalam food processor atau blender dan kisar lumat. Rasakan dan hidangkan.

Saran disajikan bersama lebanese flat bread.

Garlic Mushroom Dip


BAHAN DAN CARA :
1 sb minyak zaitun
400gm cendawan butang, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sb daun parsley cincang
185gm sour cream
185gm yogurt
2 batang daun bawang, dihiris halus
1 sb jus lemon

Panaskan minyak dan gorengkan cendawan sehingga airnya keluar. Angkat dan campurkan kesemua bahan. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan.

Crab n Corn Dip

















BAHAN DAN CARA :
170gm isi ketam
300gm sour cream
1/2 biji lada bengala merah, dicincang
2 sb jus lemon
125gm cream corn
3 batang daun bawang, dihiris halus

Campurkan kesemua bahan dan rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan.

Anak aku periksa....

Aku yang sibuk tunggu bujang aku tu balik dari sekolah untuk tanya perkembangan PMR nyer yangbermula hari ni.... today subject is BM and Pendidikan Islam...mmmm aku tanya dia mcm ner, ok tak... jawapan dia bagi kat aku senang lar... so bole dapat A's this two subject lar.... tak ar dia kata, BM dia target dapat B, Pendidikan Islam dapat A.... sepatut nyer dua-dua dapat A's...... Apapun aku doa yang terbaik untuk dia dan kengkawan dia yang sama2 amek peksa dan buat semua lar pelajar yang mengambil PMR tahun ni... Ok, Anas nampak nyer dah hampir sihat, semalam bawa dia pegi hospital.... ada baik skit... bukan per aku takut nanti balik JB tak sihat, takut kena tahan lak kat Changi tu, lagipun sakit dia boleh berjangkit....so kena berhati2 lar....

Hari ni aku ada banyak masa dan aku dah boring skit tengok blog aku, so aku tukar lagi lar, so pada sapa2 yang tersalah masuk blog aku tu, tengok nama aku dulu ye... ok lah esok2 aku sambung lagi... esok weekend, segan skit nak duk lama2 depan komputer ni, hubby ada.... lagipun nak shopping2 dan nak menghabiskan duit hubby...hehehe...ala shopping skit2 jek untuk bawa balik JB nanti..... Ooi orang kampunggggg, aku balik JB 22hb ni, so tungguuuuuuu......Heee lupa lak, aku dah dapat handphone baru, biasa jek tak lar canggih, asal bole pakai dah lar ye... Nokia E71....

Pizza Wheels


BAHAN DAN CARA :
1/2 biji lada bengala merah, dicincang halus
1/4 cawan (15gm) daun parsley, dihiris halus
2 sb oregano (segar atau kering), dihiris halus
100gm daging cincang
1/2 cawan parutan keju cheddar
1/4 cawan tomato paste
2 keping readymade-rolled puff pastry

Panaskan oven 200C.
Campurkan kesemua bahan (bahan A) kecuali tomato paste dan pastry. Sapukan tomato paste pada setiap readymade rolled puff pastry dan isikan (bahan A) diatasnya dan gulungkan pastry dan sapukan air dihujung pastry agar ianya melekat. Potong gulungan pastry kepada 1cm dan masukkan ke dalam loyang pembakar bergris dan bakar selama 20 minit atau kecoklatan.

Saran dihidangkan bersama hummus atau roasted pumpkin dip (Lihat DIPPING/SPREAD SAUCE)

Mini Indian Yogurt Bread


BAHAN DAN CARA :
280gm packet naan bread mix
2 batang daun bawang, dihiris halus
250gm yogurt
1 sb nigella seed (black onion seed) jika ada. Jika tiada gunakan bijan hitam

Panaskan oven 190C.
Masukkan naan bread mix ke dalam mangkuk dan masukkan daun bawang. (Ikuti langkah yang disediakan di pembungkus naan bread mix untuk menjadikannya doh). Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan setiap bahagian jadikan 6 (4 x 6 = 24 bahagian kecil). Canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat 5cm. Masukkan doh yang telah dicanai ke dalam dulang pembakar dan sapukan yogurt dan taburkan nigella seed atau bijan hitam keatasnya. Bakar hingga 15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan.

Saran dihidangkan bersama kuah dal.

Corn Sticks


BAHAN DAN CARA :
7gm dry yeast
375ml air suam
1 sb madu
2 st serbuk jintan manis
1/2 st serbuk cili
405gm tepung gandum
3 batang daun bawang, dihiris halus
90gm parutan keju cheddar
60ml minyak zaitun

Masukkan yeast dan madu ke dalam air suam, biarkan hingga yeast berbuih, ketepikan. Ayakkan tepung gandum bersama jintan manis, serbuk cili dan masukkan keju dan daun bawang, gaul sebati. Buatkan lubang ditengah, masukkan adunan yeast dan minyak zaitun dan uli sehingga menjadi doh. Uli sebati doh, tutupkan dengan tuala basah dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Panaskan oven 220C. Keluarkan doh dan tumbukkan doh agar rata sedikit. Potong kecil-kecil doh dan gulungkan seperti bentuk sosej, lalu masukkan dalam loyang pembakar bergris dan biarkan sebentar dalam 10 minit. Kemudian masukkan doh ke dalam oven dan bakar selama 15 minit atau kecoklatan. Angkat dan hidangkan.




Cheese Biscuits













BAHAN DAN CARA :
1 cawan tepung gandum
2 sb self-raising flour
1 st serbuk kari
125g butter
1/2 cawan keju parmesan, diparut
85gm keju cheddar, diparut
1 st jus lemon
25gm parutan keju parmesan, untuk ditaburkan diatas biskut

Gaulkan butter bersama tepung dan serbuk kari hingga menjadi seperti bread crumbs (jika ada food processor, masukkan ketiga bahan ini dan kisarkan). Kemudian masukkan keju dan jus lemon dan uli adunan dan bentukkan adunan memanjang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan. Panaskan ketuhar 200C. Potong aduan senipis 5mm dan masukkan ke dalam loyang pembakar. Taburkan (25gm) keju parmesan diatasnya dan bakar selama 15 minit atau biskut kecoklatan. Angkat dan hidangkan.

*Saran dihidangkan bersama spinach pate atau cucumber dan pear dip. (lihat resepi DIPPING SAUCE/SPREAD)

Pemandangan dalam flight

Hari ni aku saje jek nak tayangkan gambar2 pemandangan dalam flight, masa tu dari Melbourne ke Singapore and also since handphone aku dah berderai, aku amek koleksi gambar2 lama untuk aku tayang kat bolg aku ni....Mana lah dalam flight bole on handphone... tapi aku dengan selamber jek on handphone, dah tu dengar lagu lagi... so dah nampak pemandangan kat luar yang menarik tu, tak kan aku nak lepaskan peluang amek gambar  kan.... Tiap kali flight attendance lalu sebelah aku, cepat2 aku sembunyikan hp aku tu...hehehe... if dia tau, mau dia suruh lempar hp aku tu kat luar...hahaha


Gambar awan yang sempat aku ambik, rasa macam nak sentuh jek awan2 tu... bila dah banyak, eee nampak cantik nyer...MashaAllah


Ni masa kat mana ntah, aku lupa ar...



Masa ni dah nak sampai kat Singapore, aku rasa ni projek kat Desaru lar...kot...



Ni pun sama gak, projek kat Desaru, if tak caya, cuba tgk betol2... :-)




Yang ni dah nak hampir kat Changi, so gambar tu dekat2 dengan Changi lar kan????



Landing time.... heheee sempat lagi amek masa nak landing eh..


Buat adikku

zwani.com myspace graphic comments
Custom Twitter Backgrounds

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT ADIKKU YAHYA PUTRA BIN HASHIM  YANG BERADA DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA. SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMUR SEMAKIN MATANG MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN DUNIA. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR BELIAU, MENAMBAHKAN REZEKINYA, DILIMPAHKAN RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT, INSHAALLAH

Chicken Kabsa





















BAHAN DAN CARA :

1 ekor ayam, dipotong menjadi 4 bahagian
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar, dicincang
1 tin tomato puree
2 biji tomato, dipotong dadu
4 ulas bawang putih, dicincang
1 biji karot, dikisar, ambil jusnya
1 sb parutan kulit limau
4 biji cengkih
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 cawan beras basmathi

Untuk hiasan :
1/4 cawan raisin
1/4 cawan kepingan badam
1 cawan acar bawang (lihat resepi bahagian acar)
Sos tomato (1 biji tomato dan 2 biji lada merah dikisar lumat, lalu perahkan lemon dan rasakan)

Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum, lalu masukkan kesemua bahan kecuali beras. Masakkan ayam lebih kurang dalam 15-20 minit, angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan beras ke dalam kuah tadi dan masakkan nasi hingga matang, tambahkan air jika perlu. Ketepikan. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi kedalam loyang pembakar dan bakar ayam hingga kecoklatan. Angkat dan hidangkan, hiaskan dengan raisin dan kepingan badam disamping acar bawang dan sos tomato.