Pages

Jauhi perkara yang menghampirkan anda kepada zina

Ramai pelajar dan orang awam berpendapat bahawa berzina itu sahaja yang haram, sedangkan sebenarnya Islam juga mnegharamkan perbuatan yang menjurus kepada penzinaan.

Ini juga termasuk juga keluar dating berdua-duaan, ke kelab-kelab malam, majlis yang bercampur aduk lelaki dan perempuan, parti-parti hiburan, menonton VCD lucah dan lain-lain. Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia :

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan). (Surah al-Isra' : 32)

Elakkan menyertai aktiviti melibatkan berlainan gender :
Percampuran seperti inilah yang memulakan langkah awal ke lembah zina. Dari mana datangnya NAFSU? dari mata turun ke hati...

Di dalam dewan kuliah duduk bersama rakan-rakan sejenis :
Ini juga memberikan keselesaan kepada anda untuk memberikan perhatian kepada kuliah.

Elakkan study berdua-duaan dengan rakan berlainan jenis :
Jika perlukan bimbingan dalam pelajaran, cari kawan yang sejenis untuk membantu, jika tidak eloklah study berkumpulan.

Jika ada rakan yang mengajak anda keluar berdua-duaan dengannya untuk apa sahaja alasan, tolak sahaja permintaannya :
Biarlah dikatakan sombong kerana tidak menerima ajakannya asalkan anda selamat dunia dan akhirat.

Jangan sekali-kali menjejakkan kaki ke tempat maksiat :
Jangan sekali-kali meletakkan niat untuk mencuba-cuba dan menambah pengalaman untuk ke tempat sedemikian.

Jangan sekali-kali berpegangan tangan dengan kekasih anda :
Jangan benarkan dia menyentuh anda walaupun hanya berpegangan tangan, kerana hukumnya haram. Takut juga kalau-kalau diberikan betis, hendakkan paha......


Setkan dalam Minda anda :
Jika lelaki itu sanggup melakukan dosa dengan memegang atau meraba tubuh badan anda, jangan harap dia akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak anda kelak..

Terima kasih buat http://amirulhayyad.blogspot.com/ kerna sudi bagi permission tuk artikel ni, nanti2 amek lagi, bole ea...hehe
Photobucket



P/s : Aku juga manusia biasa yg selalu berbuat salah, tapi pada Allah aku kembali. Mudahan aku jadi isteri, ibu, anak, adik dan kakak yg Muslimah, inshaAllah.




No comments: