Pages

Award Ciptaanku...terima lah



Photobucket
Award ciptaanku yang tak seberapa ni, so nama2 yang tertulis kat bawah ni, sila lah amaek award dariku ni ya. Terima kasih atas nama jalinan ukhuwah yang terbina...click n save, pastu bubuh kat blog masing2 tau..TQ

PERANTAU LONDON
SUEJOSHUA
MERAHBALDU
SNOW WHITE
PINK BUTTERFLY
NORGADIS
MUMMY CHUBBY
CDERLUCK
 TREAT N TRICK
MILO
CAPT
KAK INTAN
SITI
TIDAK SANGKA
CATATAN SEORANG ISTERI
BADBOY
MUSAFIR
MSUE ROOMZ
AKSARA CINTA ILAHI
KACAMATA
AKU, KAU & MEREKA
XAHARIE
ABU MUAZ
DUNIAKU DUNIAKU
HAMI ASRAFF
KERAK NASI
PAK KARAMU
PELUANG YANG DATANG HANYA SEKALI
TERATAK SARI ISTANA
TOUYA KARUMA
UNCLE PUNYE BLOCK
NTAH.COM


Photobucket

FITNAH PALING BESAR YANG AKAN DIALAMI MANUSIA



Rasulullah bersabda " Tidak ada perkara yang lebih besar antara penciptaan Adam sampai hari kiamat melebihi (fitnah) DAJJAL" (H.R Muslim)..

DAJJAL adalah seorang lelaki dari keturunan Adam, keluar pada akhir zaman, diantara kedua matanya tertulis KA-FA-RA yang bisa dibaca oleh setiap orang yang beriman. Mata kanannya buta, dan biji matanya bagaikan buah anggur yang mengapung. Saat pertama kali keluar dia mengaku sebagai orang soleh, lalu mengaku sebagai nabi, kemudian mengaku sebagai tuhan. Ia mendatangi suatu kaum dan mengajak mereka pada ajarannya, namun mereka mendustakan dan menolak perkataannya. Lalu dia meninggalkna mereka, lantas harta-harta mereka mengikuti DAJJAL, sehingga mereka tidak memiliki apa-apa. Kemudian dia mendatangi kaum lain, lalu ia mengajak mereka kepada ajarannya, lantas mereka menerima dan percaya padanya.  Dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka turunlah hujan, dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan maka tumbuhlah tanaman. Dia mendatangi manusia dengan membawa api dan air. Api yang dibawakannya adalah air yang dingin, dan air yang dibawakannya adalah api. Sudah tentu setiap orang yang beriman perlu berlindung kepada Allah dari fitnah DAJJAL ini pada setiap penghujung solat, iaitu membaca ayat dari awal surah Al-Kahfi jika bertemu dengannya, dan berusaha menjauhi pertemuan dengannya kerana dikhuatiri terpedaya olehnya..

Rasululah SAW bersabda " Siapa saja yang mendengar tentang DAJJAL, maka menjauhi darinya. Demi Allah, sesungguhnya seseorang mendatangi dan mengira bahawa dia adalah orang yang beriman, lantas dia mengikutinya disebabkan oleh subahat yang dibawanya (H.R Abu Daud)

DAJJAL berada di muka bumi selama 40 hari, diantaranya ada sehari bagaikan setahun, ada sehari bagaikan sebulan dan ada sehari bagaikan seminggu dan sisa hari-harinya seperti hari biasa. DAJJAL tidak akan meninggalkan suatu negeri atau permukaan bumi pun, kecuali Madinah dan Makkah. Kemudian Nabi Isa turun, lalu membunuhnya.

P/S : BUATLAH AMAL SELAGI UPAYA..Jika diizinkan Allah, biarlah aku mati sebelum DAJJAL keluar begitu juga dengan Muslim yang lain. Sungguh ngeri dan dahsyat akan kedatangan DAJJAL tu.. Wallahuaklam




Photobucket


AL QAARI'AH - HARI KIAMAT

Hari Kiamat.
Apakan hari kiamat itu?
Tahukah kamu apa hari kiamat itu?
Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran,
Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan-hamburkan,
Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,
maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan,
Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah,
Dan tahukan kamu apakah neraka Hawiyah itu?
(Iaitu) api yang sangat panas...

P/S : SUBHANALLAH



Photobucket

PEMBANTU DAPUR CILIK....HEHEHEHE

My new assistant...new assistant benda nye...tolong sepahkan n tolong tengok je bole...tapi kadang if harta karun dia..buat sepah, pandai lak kemas...aku cakap kat dia, no clean give to the man...ntah mana punye man ntah nak di bagi...hehehehe...bila aku sibuk masak, dia pun sibuk gak nak masak...duduk kat cabinet tu satu hal, pastu nak tolong lak, dah lah smue panas2 belaka...kang kalau dah terpercik kena kat mata or tangan, dah melolong minta tolong kat aku....ermmmm memang aku tambah lagi...hehehe...kejam nye mcm mak tiri...wuakakaka...Pandai lak posing masa tgh pegang sudip tu, kan....

P/S : SAPA PERLUKAN TUKANG MASAK, SILA AMEK ANAS JADI TUKANG MASAK...HAHAHAHA


Photobucket

Vanilla Ice Cream


BAHAN DAN CARA :
300ml double cream (Idda guna whipping cream)
1 tin susu pekat
2 st vanilla
200gm custard segera

Putarkan cream sampai kembang.
Gaulkan sebati custard, susu dan vanilla.
Kemudian baru dimasukkan cream dan gaul perlahan dan rata.
Tuangkan ke dalam acuan dan freeze kan.
Keluarkan dan hidang.


Photobucket



White Chocolate Mousse Cake


BAHAN DAN CARA :
450gm white chocolate, dicincang kasar dan cairkan secara double boiler
300ml double/whipping cream, diputar hingga kembang
2 sb parutan kulit limau
300gm yogurt
Strawberry, bluberries, kelopak bunga rose dan icing sugar - untuk hiasan

Setelah coklat putih cair, masukkan parutan kulit limau, biar dan sejukkan sebentar.
Lalu masukkan ke dalam cream yang telah diputar, berselang seli dengan yogurt, gaul perlahan hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yg telah dilapik dengan clingflim, dan freeze semalaman.
Keluarkan sejam sebelum hidang dan hiaskan dgn strawberry, bluberries, kelopak bunga ros dan icing sugar.
Hidangkan.

P/s : SENANG DAN MUDAH NAK BUAT.. ALSO SEDAP


Photobucket

My Pistachio Ice Cream

Sebenarnye resepi nie ada letak kurma, tapi malas lak nak potong kecik2, guna pistachio je lah...pown sedap gak...bahan skit je pakai dan senang sgt...cuba lah nanti...100gm pistachio (15gm tu ketepikan, yang lain kisar halus ya), 1 tin kecik susu pekat (campurkan ke dalam pistachio yang dikisar tu, sebatikan) 300ml double or whipping cream (aku guna whipping cream, double..woooow..smue double you..hehehe)..putar sampai kembang pastu gaulkan pelan2 dgn susu dan pistachio tadi...sebati dah???? sblum masuk ke dalam acuan atau cawan, lapikkan acuan atau cawan tu dgn clingfilm supaya senang nak kuarkan dari acuan ..baru taburkan pistachio yg tak kisar tadi tuk hiasan...dan tuangkan adunan tadi dan sejukkan dalam 2-3 hours atau sampaii kejung...hahahaha....senang kan!!! selamat mencuba...

Photobucket


P/s : tak pernah org tulis resepi mcm aku type ni kan...hahaha...asal faham dah..

Shawrma...

Sejenis makanan...hehehe...of course makanan, dah tentu terpampang kat sini kan...nak cuba buat, blom cuba pun..nanti2 lah cuba...yang ni aku beli kat Turkish restoran kat sini...isi ayam disusun kat panggang, pastu pemanggang nye bukan dalam oven, open oven...susun isi ayam dari sikit jadi besar lebih kurang 5-6kg beras, bayangkan brp byk isis ayam kena susun????? Pastu panggang n pusing2kan pemanggangnye...if tak sebelah jek rentung..hehehe...dan api nye berterusan di buka...panas panas panas...bila nak buat shawrma ni, isi ayam tu dikikis skit2, pastu campur dgn mayonis, kentang goreng n cucumber pickle, pastu gulung dgn turkish bread...waaaa law weeeh...sedap...makan masa panas2 lagi sedap...jgn tak abiskan, sebab bila simpan dalam fridge, panaskan balik...dah tak sedap....

Photobucket

P/s : Aku suka tgk isi ayam tu terguling2 kat pemanggang tu...



Yusuf Kalo Ali....Young reciter..MashaAllah

Anak ni muda lagi, tapi dah hafal whole Quran..Mari dengarkan bersama...Surah Naba


Photobucket
P/s : Andai anak2 aku jadi begini, betapa aku bahagia dan gembira..tapi aku tetap bersyukur kerna anak2 aku sekolahkan sekolah Arab..mudahan mereka akan lebih mendalami Quran dan Arab..InshaAllah

Ulat yang 'bercakap'....

(Artikel dipetik dari Sumeiya Annajieha...sedap namanye kan..terima kasih ya)

Aaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! ulat!!!!!!tak suka!!! tak suka!!!! Haaa, itulah biasa yang kita dengar apabila ada ulat singgah kat tudung kita or whatever kan.... biasanya kaum Hawa lah... biasalah... kadang-kadang say juga rasa geli... sebab lembik.... hahaha..tapi... ni ada satu cerita tentang ulat......

Dalam sebuah kitab, Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika..tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur...tiba-tiba baginda terpandang seekor ulat merah pada debu...lalu Nabi Daud berkata pada dirinya..."Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.. lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepda Nabi Daud...."wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ' Subhanallahu Walhamdulillahi Wala Ilaha Illallahu Wallahu Akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan padaku supaya membaca 'Allahumma Solli Ala Muhammadin Annabiyyil Ummiyyi Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali...Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud as" Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan Baginda sangat takut kepada Allah swt.. maka Nabi Daud as pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah... Begitulah sikap para Nabi apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan.. Dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah... Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para Nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah.... tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan dalam hidup supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk ciptaan Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini....

Setelah saya baca and menghayati kisah ini, saya amat-amatlah rasa bersalah.. kerana sering ter'bunuh' ulat dulu-dulu.....bukan sengaja tapi kadang-kadang terpijak... kawan-kawan pun selalu main pukul je ulat-ulat atau serangga bila ada depan mata.... sedih pulak rasanya.... ye lah, rupanya 'mereka' ini hidup untuk berzikir kepada Allah... kita???? nak zikir lepas solat pun susah kan??? dah lambat lah, lapar lah, em..macam-macam... lepas ini,, kawan-kawan dan juga diri saya... janganlah bunuh ulat yang tak bersalah dan... berbanyak-banyakkanlah zikrullah.....

Photobucket



P/s : Jgn takut dgn ulat pasni, takutlah dengan ALLAH ya...

Jauhi perkara yang menghampirkan anda kepada zina

Ramai pelajar dan orang awam berpendapat bahawa berzina itu sahaja yang haram, sedangkan sebenarnya Islam juga mnegharamkan perbuatan yang menjurus kepada penzinaan.

Ini juga termasuk juga keluar dating berdua-duaan, ke kelab-kelab malam, majlis yang bercampur aduk lelaki dan perempuan, parti-parti hiburan, menonton VCD lucah dan lain-lain. Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia :

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan). (Surah al-Isra' : 32)

Elakkan menyertai aktiviti melibatkan berlainan gender :
Percampuran seperti inilah yang memulakan langkah awal ke lembah zina. Dari mana datangnya NAFSU? dari mata turun ke hati...

Di dalam dewan kuliah duduk bersama rakan-rakan sejenis :
Ini juga memberikan keselesaan kepada anda untuk memberikan perhatian kepada kuliah.

Elakkan study berdua-duaan dengan rakan berlainan jenis :
Jika perlukan bimbingan dalam pelajaran, cari kawan yang sejenis untuk membantu, jika tidak eloklah study berkumpulan.

Jika ada rakan yang mengajak anda keluar berdua-duaan dengannya untuk apa sahaja alasan, tolak sahaja permintaannya :
Biarlah dikatakan sombong kerana tidak menerima ajakannya asalkan anda selamat dunia dan akhirat.

Jangan sekali-kali menjejakkan kaki ke tempat maksiat :
Jangan sekali-kali meletakkan niat untuk mencuba-cuba dan menambah pengalaman untuk ke tempat sedemikian.

Jangan sekali-kali berpegangan tangan dengan kekasih anda :
Jangan benarkan dia menyentuh anda walaupun hanya berpegangan tangan, kerana hukumnya haram. Takut juga kalau-kalau diberikan betis, hendakkan paha......


Setkan dalam Minda anda :
Jika lelaki itu sanggup melakukan dosa dengan memegang atau meraba tubuh badan anda, jangan harap dia akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak anda kelak..

Terima kasih buat http://amirulhayyad.blogspot.com/ kerna sudi bagi permission tuk artikel ni, nanti2 amek lagi, bole ea...hehe
Photobucket



P/s : Aku juga manusia biasa yg selalu berbuat salah, tapi pada Allah aku kembali. Mudahan aku jadi isteri, ibu, anak, adik dan kakak yg Muslimah, inshaAllah.




4 in 1....

Malas lak nak masuk tiap satu nye label...di sini aku rangkumkan jadi satu...senang nak baca and menatap photo makanan...bab makan, tak leh nak elak lah...konon nak makan yg rebus2 jek, satu dua hari bole tahan, masuk hari ke 3 n seterusnya...tak leh tahan daa....

Yang ni kat satu sudut kat kitchen cabinet aku, saje letak bakul buahan yang dah 'berbuah' semalam (hehehe...aku beli buah n letak dalam bakul lah...mcm ner nak tumbuh sndri..) dah tu terselit lak parsley and dill kat belakang tu...ermm mcm sesuai jek ni dua barang, buahan dan sayuran...senang aku nak petik sayur tu, nak tanam mana ada tanah...tanam dalam mangkuk jek...hehehe

Aku punye idea, campur2, jadi mcm ni...Filo pastry, aku bakar dulu..masakkan custard...tuangkan dalam filo, pastu hias lak dgn cream, serbuk coklat and walnut roasted...and then makan...

Menu hari ni...sambil masak sambil makan, dah kenyang perut aku...fried macaroni with mince meat...woww wee sedap you...

Yang ni lak semalam punya resepi...hamoor fish, kat Msia aku tak tau apa nama ikan ni....perap dgn kulit n jus lemon, garam n pepper...goreng...utk cucumber raita...olive oil, jus lemon, timun, yogurt, garam n pepper...dah siap...1 2 3 makannnn

Photobucket


P/s : Makan makan makan makan makan makan



Kuih apa ni eh???

Aku buka rancangan masak kat TV, sekali tgh2 buka..chef tu baru nak start campur aduk bahan, aku salin lag resepi nye, tapi chef tu cakap omputeh, aku bukan terrer sgt cakap omputeh ni.. (ye ke, abis yang kau ckp omputeh dgn laki kau, tu apa bendanye...hehehe)...aku terus buat...3 telor, 1/2 cawan tepung gandum, 1 cawan fresh milk, parsley dicincang, cheese, garam n pepper...aku blender smue bahan, sbb chef tu guna blender, aku pun ikut lah...pastu masuk dalam loyang pembakar yang ada bentuk bulat atau kerang...atasnye aku tambah cheese byk2, bakar...angkat dan makan masa dah tak panas sgt, sbb masa tu cheese tu...wooow melted dalam mulot..kalau korang makan panas2 confirm melecur lidah dan gigi korang...jap jap...gigi bole melecur ke....hahaha lawak jap...apa pun melecur nanti dalam mulot korang tu kan..

Photobucket
P/s : Jadi gak aku buat kuih apa ntah ni...abis aku dan hubby pulun...hahaha

Bulan melawat Australia lak...hehehe..

Apa kebenda nye letak map Austalia ni eh...hahahaha...sebab aku nak MELENCONG ke Australia lak...InshaAllah 1.4.10 ni aku sampai kat sana....Aku lepak kat Melbourne and mcm biasa lah, duduk motel yang sama...Dalam perancangan nak ke Phillip Island (2nd pic) sebab nak tgk penguin naik ke darat..tapi kena pegi malam2 lah, baru penguin tu naik....lepak semalam dua kat P.Island tu... Nampak tak Dandenong, haaaa mak mertua aku tinggal kat situ...of course lepak umah dia n adik iparku jap... Masa pegi sana ni, is school holiday, so hubby angkut smue kerabat dia gi P.Island tu.... Lagi plan nak gi Ballaart, kat sana ada old cowboy town (tak sabar nak tgk koboi...hehehe..2 kali aku ke Australia, 2 kali gak rancangan nak ke Ballarat kandas...hopefully kali ni dpt pegi)...Pastu ke Puffy Billy Train...keretapi steam....mcm ner naik keta api steam tu ya...agaknye driver pun steam..hahahaha...kepala otak jgn ingat lain tau....And also nak ke Zoo Melbourne...if safari aku dah pegi, zoo ni blom...agak2 besar tak mcm kat Zoo Negara tu???? Tadi pagi berbual dgn hubby, so ada lagi plan, nak ke Canberra and up to Sydney...huhuhu bestnye tapi perjalanan jauh dan penat...hehehe rasanye lepak sana kot....bole tgk Opera House n Parliament....InshaAllah smue ni dalam perancangan, Allah yang tentukan


 
Photobucket

P/s : Sapa nak kirim kangaroo...aku kena letak dia kat ekor kapal terbang lah...hahaha

Aku sebuah blog....

Aku adalah sebuah blog yang telah direkacipta oleh Haslida Hashim. Tujuan aku direka oleh empunya blog adalah untuk memaparkan kegiatan harian tuanku yang kini berada di Riyadh, Arab Saudi untuk tatapan anak-anak dan sahabat yang mengenali beliau, tidak kira di mana saja sahabatnya berada. Aku telah dicipta oleh tuan aku pada April 2009, maka pada bulan depan genap umur aku setahun. Tuan aku ini sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai 4 orang yang terdiri dari 3 lelaki dan 1 perempuan. Anak yang sulung bernama Mohamad Ishak (16 tahun), Intan Nur Shafinaz (14 tahun), Ahmad Idham (12 tahun) dan Anas Malek (3 tahun). Dulu tuan aku bekerja tetapi telah berhenti kerja untuk mengikut suaminya bertugas di Riyadh.

Tuan aku pernah menetap di Jakarta hampir 2 tahun. Hobi tuan aku ini, suka blogging dan facebook dan sangat suka tukar template dari satu template ke template yang lain. Selain hobi itu, beliau juga suka memasak dan shopping (alamak apa ea dalam BM shopping...sengal seh bole tak ingat, baru nak buat ayat BM dengan betul dan tertib...aduhaii kantoi...tapi masa SPM, BM aku dapat A) (ok ok, aku dah ingat..berbelanja..hehehe...sambung balik ayat BM yg betul tau). Beliau juga suka memandu kereta pada kelajuan 120kmj dan di Riyadh, perempuan tidak dibenarkan memandu, apabila pulang ke Johor Bahru, tuan aku ini akan memandu kereta walaupun tiada tujuan. Masih mempunyai ayah, walau uzur tetapi bila merokok dia adalah jagoan. (Abah, jgn marah ea if terbaca crite seram ni, saja jek). Tuan aku ini mempunyai adik beradik seramai 5 orang, dan beliau adalah anak kedua, kesemua adik beradiknya telah berkahwin.

Bila bercerita tentang filem, tuan aku ni paling suka cerita hindustan, tapi sejak kebelakangan ini, beliau seakan kurang berminat dengan filem hindustan terutama cerita yang dilakonkan oleh pelakon baru dan mentah. Adik perempuan tuan aku ini sangat meminati hindustan hingga kini terutama filem yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan hinggakan dia sanggup pergi ke Melaka untuk menonton filem terbaru Shah Rukh Khan. Tuan aku ini cantik * memakai tudung dan pakaiannya hanyalah jubah hitam, walau kemana saja pun dia pergi.

* cantik (hehe...perasaan jap)
* dah lah, blank seh kepala otak nak pikir guna ayat BM yang betul...susah nak jumpa blog yg guna BM yg betol...kan????



Photobucket







P/s : Sapa nak rate, brp aku bole dapat markah tuk cerita aku ni...wuakakaka

Mari kenali mereka...

Walau tak banyak aku nak kongsi maklumat tentang converter2 yang ada, tapi sedikit maklumat tu lah yang dapat digunakan. Untuk lebih byk list mereka yang convert Islam, layarilah en.wikipedia.org/wiki/List_of_converts_to_Islam...kat situ ramai list mereka yang peluk Islam..










YUSUF ESTES
Yusuf Estes dilahirkan pada 1.1.1944 dengan nama Skip Estes, adalah seorang American yang telah diberi hidayah dan memeluk Islam pada tahun 1991. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Protestant Christian.
Sekarang bergiat aktif sebagai pendawah dan selalu muncul di tv Huda (broadcast dari Eygpt).
Note : Layari http://www.islamtomorrow.com/  untuk lebih lanjut mengenai beliau.













ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
Abu Ameenah Bilal Philips adalah seorang guru, pendawah dan author. Dilahirkan pada 7.1.1947 di Jamaica tetapi dibesarkan di Kanada dimana dia telah memeluk Islam di sana pada tahun 1972. Selalu muncuk di Peace TV, dimana siarannya boleh didapati hampir kesemua negara. Mendapat B.A degree di Madinah Islamic University dan M.A in Aqeedah di King Saud University, Riyadh. Keluarga dan datuknya adalah tergolong dalam ahli Bible dan pendawah kristian. Note : Layari http://www.bilalphilips.com/ untuk lebih lanjut mengenai beliau.














JAMES J. YEE
James J. Yee, dikenali sebagai Yusuf Yee dan dilahirkan pada tahun 1968 di New Jersey dan dibesarkan, adalah bekas askar America.  Memeluk Islam pada tahun 1991 dan berkahwin dengan Huda dar Palestine dan kini mempunyai anak seramai 2 orang. Dia pernah ditugaskan di Guantanmao Bay Naval Base.
Note : Untuk keterangan lanjut mengenai beliau, layari en.wikipedia.org/wiki/James_Yee 
 












HUSSAIN YEE
Hussain Yee lahir pada tahun 1950 seorang Malaysian Chinese. Dilahirkan dalan keluarga Buddha dan memeluk Islan ketika umurnya 18 tahun. Mendapat pendidikan di University Madinah pada tahun 1978, khusus dalam hadis. Menyertai PERKIM sekembalinya ke Malaysia. Selalu muncul di Peace TV
Layarilah en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Yee untuk info lanjut.











ABDUL RAHEEM GREEN
Abdul Raheem Green, dilahirkan pada tahun 1964 dengan nama Anthony Green. Melanjutkan pelajaran ke University of London, tetapi kandas kerana ingin menceburi kerja kegiatan Islam. Juga banyak mempelajari agama lain selain Islam, seperti Buddhism selama 3 tahun sebelum memeluk Islam pada tahun 1988. Pernah mempunyai dua isteri dan anak seramai 6 orang.
Note : Website Green http://www.islamsgreen.org/













HASLIDA HASHIM
Hehehe...aku daa, si tuanpunyer blog..tak yah kenal pun takpe... tak pamous pun aku ni..Saje nak buat lawak skit dalam bercerita...huhuhu. Aku bole ditemui dalam blog aku sendri lah..hehehe.




Photobucket







P/s : Seberapa ramai antara kita seperti mereka (bukan Haslida Hashim tau)...Mereka menyelami Islam dgn begitu mendalam, dan kita bersyukur dilahirkan Islam, tapi tak ramai mendalami Islam...(Aku sedang cuba untuk jadi Islam yg terbaik, InshaAllah)...

Pagi2 dah menjelajah ke desert...

Pagi tadi dalam jam 640am aku dan family merayap, saja jek nak jalan2, asik shopping jek...so kali ni aku merayap ke desert...ppherhh seluas saujana mata memandang....kiri kanan padang pasir....maklum lah kat sini nak ke laut, dah lah jauh, pastu bukan bole mandi manda pun mcm kat Msia nye laut, bole bukak2 lagi...dahsyattt...omputeh datang kat sini pun, bukan diaorg tau malu..kan...lantak lah...cuba kat sini, buka2...mau kena hukum jalan pakai tangan...wuakakaka...mcm ner tu....korang pikirkan lah....So next week or sblm aku berangkat ke Melbourne ujung bulan ni, aku ckp kat hubby, nak lepak semalam kat tent yang ada kat tengah2 desert ni, nak rasa gak mcm ner suasana kat desert waktu malam, dah lah kurang lampu2... hanya bertemankan cahaya bulan jek...itupun if ada bulan mlm tu, if tak...guna lah lampu kereta...hahaha...lawak2...

Sepanjang perjalanan ke desert tu...Haaa gambar no. 4 tu aku amek gambar bayang2 aku...


Anas, yang tak pernah jejakkan kaki kat padang pasir ni...sekali2 turun mcm anak kambing terlepas dari kandang, if can smue dia nak jelahah...hahaha cuba lah jelajah, mau ke mana jek sesat...cian lah anak aku tu...



Photobucket


P/s : Mcm ner agaknye if kita tersesat kat tgh desert, yg takde pape nak makan n minum...pikirkan????
 

Layer pudding and coklat cake..

Since dah kat 4 hari dessert ni aku buat, baru ari ni nak publish kan...lam be be...bukan lembab cuma, tak perasaan jek photo ni aku dah upload, ingatkan mana pegi, dah masuk mulot aku sekali ke...kah kah kah...tetiba teringat ada coklat kek kat dalam fridge tu, duk sengih kat aku jek tiap kali aku buka fridge tu kan, mcm suruh minta aku 'makan lah aku'...daripada buang baik aku recycle...hahaha makanan pown bole recycle ke....mcm ni...lapisan bawah sekali tu coklat kek lah, potong agak tebal, pastu susun, dah tu tuangkan pudding custard, pastu aku taburkan raisin dan badam cincang atas pudding tu...dah tu aku susunkan tea biskut lak...baru tuang coklat masak yg dah di masak...hehehe...hias lah suka ati aku kan, agar nampak cantik dan mcm tak nak makan pulak pudding tu...sebab dah cantik, kang bila potong dah takde rupa....wuakakaka...masuk dalam perut mana ada nampak cantik, ya tak....kan kan kan...walnut tu pun dah naik hapak bau nye, tapi aku recycle gak..groeng tanpa minyak, pastu bubuh madu dan butter...sedap sgt pastu...hehehe..pudding ni masih ada lagi...yang ni tak abis, aku dah buat dessert lain lak... so skrg ada 2 dessert yang dok sengih2 kat aku tiap kali aku buka fridge...hahahahaha


 
Photobucket


 
P/s : takpe nanti2 bole makan kan...ada 2 1/2 perut kat dalam umah aku ni...hehehe

Kerajinan datang menimpa2..apa mimpi tak???

Apsal ntah tetiba jek punya lah rajin aku buat roti ni...jam 830pm baru buat...nak kata lapar, tak gak..kerajinan dan datang menimpa2, aku tak dapat nak elak...hehehe...roti manis...aku makan dgn fresh cream or jem...dah nak tido pun bole makan lagi...dah memang buruk lantak, takde sapa boel halang aku...wuakakaka...resepi...senang jek, aku ikut kat mauripan nye resepi, tapi aku tokok tambah skit and ubah mana2 yang aku rasa sedap...heeee perasaan nye...kluar dari oven jek..taburkan icing sugar...ngap ngap ngap terus masuk mulot aku...tak lah sebesar tu aku masukkan..hehehehe...potong kecik2 jek, jamah2...jamah ke apa, masuk dua potong aku makan, pulak tu dgn fresh cream...maakk aiii, bole ter'nak' makan lagi daa...hehehehe




Photobucket



P/s : Suka makan roti...badan pun bole jadi macam roti juga...wuakakaka

Roasted peanuts

Saja jek ari ni nak letak roasted ke hangus peanuts ni ea????...hehehe tak lah, mana ada hangus (jgn rentung daa...sendiri mau ingat sapa masak sampai rentung tau..hahahaha)...tu ari masa tgh masak2 nak buat dessert, tetiba lak bole dapat idea nak goreng kekacang ni...dah goreng tanpa minyak...tak rasa pape kan...tak sedap babe, so aku cuba campakkan butter dan madu...wow wee sodap gak...nak letak byk butter and honey, suka ati lah, ikut tekak masing2... tapi jgn letak madu and butter tu masa api menyala tau...tutupkan api baru letak, kacau dan sejukkan dulu...dah sejuk bole lah makan...selain kacang, bole gak walnut, almond, hazel nut, apa2 jenis nuts yang bole makan lah...cuma NUTS (semacam giler) jek tak bole roasted and makan...whua kakakaka 

Photobucket

P/s : Sblm dapat idea, kacang ni dah bole campak ke tong sampah, takde sapa nak makan...nasib baik tak buang...dah masak, ermm abis, sekali hadap jek

Buat tatapan anak2 kat JB tu..adik dgn jubah baru

Since anak2 aku kat JB tak dapat tgk live Anas, maka kat sini aku letakkan aksi dia dengan jubah baru dia dgn siap topi skali..huhuhu


Photobucket

P/s : Bab melaram and melawa kasi kat Ibu and Anas, confirm mcm2 aksi bole buat...hehehe


Sapa bole tolong aku... apa tajuk aku nak letak ni???

Hehehe..sori ar bukan nak menunjuk fridge yg penuh ni...last week tak buat shopping sbb umrah, so semalam barang kat dalam fridge tu dah abis, tinggal ais dan kurma..agak2 bole masak tak kurma and ais tu..wuakakaka sengal lah, mana bole masak kan..ala aku tau, saja jek nak gurau...semalam shopping, beli ayam, daging, sayuran dan lain2 lah..beli ayam yg dah dipotong (bahagian paha), adalah 4 biji dalam tu, tapi ya ampooon...harganya mcm sekor ayam...13 riyal...rasa macam nak letak balik je kat rak ayam..mahal giler..kat JB pun, sekor ayam adalah dalam RM12-13, kan...if mcm ni aku nak bela ayam lah...wuakakaka...bela ayam kat mana...atas bumbung ker....

Haaa, buku ni hubby beli 2 riyal sebuah, sebenarnye buku ni publisher bagi free, tapi dah sampai kat book shop di jual lak...ermmm takpe lah...2 riyal, tak banyak mana pun nak dibangdingkan dgn isi2 buku tu...Sebenarnya aku dan hubby dah start nak menghapal surah2 dalam buku tu (last 3 juzuk Al-Quran)...InshaAllah maka bermula lah pembelajaran aku, ntah bole hapal ke tidak lagi, maklum lah otak dah kuat mcm dulu...hehehehe....lawak lawak lawak...ingat badan ke otak kau tu....maka sambil masak aku kena hapal lah...dan moral of the story is, hubby aku tak bagi gayut kat internet selalu...betol tak...aku tau, tapi bagus juga tuk aku..ya lah, kita rajin, Al-Quran akan tolong kita nanti masa kat sana...cuma aku lam be be (lembab) skit jek bab nak mengenal ayat..mudahan segala berjalan lancar dan bole hapal..

 

Photobucket
P/s : Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (Al-Bukhari) 

Oh kawan2 lama skolah ku...




Ini lah sebahagian daripada kawan2 lama masa skolah dulu... MashaAllah smue masih cantik (macam aku gak..hahaha).. Hahani ada dgn aku kat Riyadh ni, tapi blom pernah berjumpa, sbb aku ni sibuk skit...hehehe nanti ada masa kita jumpa ya Hanani... Yg lain smue aku jumpa dalam FB jek...Bagus gak ada FB ni, smue kawan lama2 dapat contact balik...ya lah pas abis skolah smue buat hal masing2, ada blajar luar negeri n dalam negeri...bila jumpa kat FB, org ni add org ni, org ni add org ni...dah jadi byk add nye...Kepada kawan2 skolah ku yang lain, di mana aja korang berada, aku doakan semoga berjaya utk dunia dan akhirat..(dah mcm Jejak Kasih lak...hehehehe)

 
Photobucket

P/s : Yg aku nak sgt contact is fatimah, kamarulaini, noreeza, maizatil dan wan siti hawa..sapa2 yg terjumpa mereka ni, tolong bg tau aku...