Pages

JIHAD....

Apakah sebenarnya pengertian JIHAD sebenar menurut istilah syariat Islam? Jihad didefinisikan sebagai berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam. Jihad terbahagi kepada lima tahap ;-

Pertama :
Jihad melalui pendidikan, penyebaran kesedaran Islam dan menolak segala salah faham yang menghalang manusia daripada beriman dan memahami hakikat Islam yang sebenar.

Kedua :
Jihad menyumbang harta benda untuk menampung keperluan ke arah pembentukan sebuah masyarakat Islam yang syumul.

Ketiga :
Berperang mempertahankan diri (defensive), bila berdepan dengan serangan musuh yang cuba menggugat agama Islam.

Keempat :
Berperang dalam bentuk menyerang (offensive), iaitu apabila masyarakat memulakan serangan untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat lain di negara lain dan pemerintah negara tersebut pula menghalang daripada disampaikan kebenaran kepada rakyatnya.

Kelima :
Kerahan am ketika musuh menyerang negara Islam dan menggugat agama, bumi dan kebebasan beragama umat Islam.

Antara surah Al-Quran yang memerintahkan umat Islam supaya berjihad, menggalakkan berjihad serta menjelaskan kedudukan jihad dan kelebihan orang yang berjihad serta para syuhada di sis Allah ;-

** Surah Al-Baqarah (ayat 190) "Dan perangilah, kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah, akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas"

** Surah At-Taubah (ayat 111) "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh (musuh) dan terbunuh"

** "(Balasan syurga yang demikian adalah) janji Allah yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitabNya Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah lagi yang lebih meyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu. Itulah kemenangan besar"

Berdasarkan keterangan dalam ayat-ayat Al-Quran, terdapat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada sesiapa yang berjihad di jalan yang benar. Mereka akan dijanjikan dengan kehidupan yang lebih sempurna dan istimewa di sisi Allah. Sabda Rasullah SAW "Wahai sekalian manusia. Janganlah kamu bercita-cita untuk bertembung dengan musuh, mintalah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertembung dengan mereka, hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah sesungguhnya syurga itu di bawah bayangan pedang-pedang".

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.