BAHAN DAN CARA :
Bahan A
5 biji kentang, dikupas, rebus hingga empuk dan lenyekkan
1/2 cawan susu segar
Garam n pepper
Bahan B
500gm daging cincang
2 batang celery, dihiris nipis
1/2 batang carrot, disagat
1 biji telur
1 biji bawang besar, dicincang
Untuk Cheezy Sos
1/2 cawan mozarella cheese, diparut
1/2 cawan cheddar cheese, diparut
1/2 cawan green peas atau daun bawang
Sedikit daun parsley, dicincang
Garam dan pepper
1. Campurkan kesemua bahan B, rasakan dengan garam dan pepper dan gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang pembakar, ratakan dan biarkan.
2. Campurkan kesemua bahan A, gaul sebati dan tuangkan keatas bahan B tadi dan bakar lebih kurang 20-30 minit atau kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Masakkan kesemua bahan untuk cheezy sos, biarkan hingga mendidih dan agak pekat, kemudian letakkan green peas/ daun bawang, kacau dan ketepikan.
4. Potong segiempat beef pie dan tuangkan cheezy sos keatasnya dan hidangkan.
1 comment:
nampak sedap ni...tp manyak sgt cheese x muak ke..
Post a Comment