Pages

HADIS-HADIS NABI

Sebahagian daripada hadis2 nabi yang nak aku kongsikan bersama, mudahan kita memanfaatkannya, InshaAllah.. Bismillahirahmanirahim

1. Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)


2. Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatu yang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)

3. Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)

4. Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)

5. Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)

6. Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)

7. Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)

8. Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)

9. Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)

10. Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)


P/S : SORRY...Sbb tak jadi balik ke JB, memandangkan hal yang tak dapat dielakkan, aku dah tepis dulu...hanya perlu sabar jek till september ni dan juga harga tiket yang amat MAHAL giler...membuatkan aku pikir dua puluh kali nak balik atau tak...hehehee....sori ya..

No comments: