Pages

Hubungan ibu, anak kekal selepas nikah

SOALAN :
SAYA seorang ibu berusia 53 tahun. Saya berasa kecil hati dengan percakapan anak perempuan saya apabila dia pernah menyatakan syurganya kini berada di bawah tapak kaki suaminya bukan lagi di bawah telapak kaki saya.
Bolehkah dia bercakap sedemikian rupa?  Adakah hubungan antara ibu bapa dan anak terputus selepas anak berkahwin? Berdosakah menantu saya atas sikap mereka itu?



JAWABAN :
HUBUNGAN keluarga dengan ibu bapa tidak putus dengan sebab perkahwinan. Malah, perkahwinan itu sendiri me ngeratkan hubungan kedua-dua keluarga termasuk hubungan antara mentua, menantu, ipar, kerabat dan sebagainya. Salah menyatakan perkahwinan menyebabkan hubungan antara ibu dengan anak perempuan terputus dan isteri hanya mempunyai hubungan dengan suami dan keluarga suami semata-mata. Dalam Islam, seorang isteri tetap mempunyai status pe ribadinya, iaitu anak perempuan kepada ibu bapanya dan tidak sekali-kali dinasabkan kepada keluarga suami. Anak dan menantu perlu menyedari bahawa di antara asas utama Islam ialah suruhan Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa tidak kira Islam atau bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Isra'il (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu-bapa, dan kaum kerabat, anak yatim, serta orang miskin dan katakalah kepada sesama manusia perkataan yang baik; ..." (Surah al-Baqarah ayat 83)

Mengenai ayat keempat surah an-Nisa' bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka iaitu (isteri yang dikahwini) dengan suka hati memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (guna kanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Ia berkenaan dengan pemberian mahar wajib kepada isteri. Apabila isteri secara sukarela mengembalikan sebahagiannya kepada suami, Islam membenarkan suami untuk mene rimanya. Dalam ayat ini tiada langsung disentuh bahawa isteri terputus hubungan dengan ibunya selepas kahwin. Berbuat baik kepada ibu bapa termasuk semua anak wajib melakukan kebaikan kepada ibu bapa sepanjang masa dan ketika, patuhi mereka dalam semua perkara yang baik, menghormati me reka, sentiasa bersyukur dengan jasa ibu bapa dan menjaga mereka sepenuhnya apabila tua.

Ibu bapa perlu diberi perhatian sepenuhnya, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka per kataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada ke duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat." (Surah al-Isra' ayat 23-25)

Pasangan suami isteri yang mempunyai ibu bapa mesti menunaikan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Ia adalah nilai akhlak terbaik yang akan dicontohi oleh anak. Anak akan mendapat contoh yang baik daripada ibu bapa. Kita hendaklah memberikan contoh ini kepada anak agar apabila mereka dewasa akan berbuat perkara yang sama kepada kita nanti. Apabila ibu bapa tidak memberikan contoh baik, bagaimana anak dapat melakukan perkara yang sama. Anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup.

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu sendiri. Sekiranya isteri tidak berkereta hendaklah dihantar ke rumah ibu. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumah tangga dengan sebaiknya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah per buatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian. 



ih : dah banyak terjadi, blom kawen dh putuskan hubungan dgn keluarga...mudahan kami dilindungi, inshaAllah

No comments: