Orang Islam yang terlibat dalam sebarang sektor pekerjaan sememangnya mereka perlu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut, disamping itu mereka juga tidak boleh mengelakkan diri daripada mengetahui asas hukum Islam berkaitan pekerjaan yang diceburi, Islam sebagai ad.Din mencakup keseluruhan cara hidup manusia, Kita tidak dapat mengecualikan diri daripada hukum asas yang termaktub di dalam ajaran Islam. Hukum halal, haram, sunat, wajib, makruh, harus ( mubah) adalah piawaian hidup kita. Aktiviti harian kita akan menyentuh salah satu hukum tersebut pada setiap saat.
Pengalaman saya semasa makan di warung-warung atau di kedai-kedai makan terdapat cara pelaksanaan jual belinya tidak menepati kehendak Islam.(bukan semua). Kebanyakan warung sekarang melaksanakan sistem layan diri, sistem ini amat baik dan menguntungkan, ianya secara tidak langsung melatih pengguna kita bergerak secara proaktif dan bersikap terbuka dan positif. Apa yang saya hendak sentuh dan memberi pandangan di bidang ini ialah cara peniaga ( sesetengah peniaga) meletakkan harga agak bertentangan dengan wawasan Kehidupan Bersih kerana di sana terdapat ketidakpuasan hati di pihak pengguna atau pembeli.
Situasinya adalah seperti berikut: Setelah selesai makan pelanggan pun bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran, ketika ini barulah peniaga bertanya apakah makanan yang dimakan oleh pelanggan atau pengguna, maka pelanggan pun memaklumkan apa yang dia telah makan dan kadar makanan tersebut dimaklumkan secara umum dan rambang sahaja, kemudian peniaga pun menetapkan harganya, tepatkah harga tersebut dan berpuashatikah pelanggan tadi, kekadang pelanggan tidak berpuashati dan diam begitu sahaja kerana makanan semuanya telah berada di dalam perut dan tidak boleh ditunjukkan lagi. Cara ini tidak bersih dan tidak suci walaupun pada asasnya makanan itu halal tetapi cara tidak betul maka kehalalannya belum sampai ke destinasi penyudahnya lagi,
Contohnya: ayam itu halal di makan tetapi kalau tidak disembelih dengan betul, hukumnya haram dimakan. kelihatan sama sahaja di antara ayam halal dengan yang tidak halal, yang dapat membezakan hukum tersebut adalah ilmu dan pengetahuan yang kita miliki tanpa pengetahuan kedua-duanya kelihatan serupa dan sama sahaja.
Dalam hal ini, apakah yang patut dilakukan oleh peniaga ?.
Sepatutnya peniaga hendaklah melihat dengan tepat barangan atau makanan yang diambil oleh pelanggan dan menilainya dan menentukan harga berdasarkan harga setiap barangan yang telah ditetapkan oleh pihaknya, kemudian membuat pembayaran atau memberikan sebutharga itu kepada pelanggan sebelum pembayaran dibuat. Cara ini barulah kedua-dua pihak berpuashati kerana salah satu syarat jual beli ialah pembeli dan penjual hendaklah melihat barangan yang hendak dijualbeli tersebut. Kalau sebutharga diberikan kepada pelanggan sekurang-kurangnya angkat jual beli yang diperlukan di antara pembeli dan penjual tertunai melalui sekeping kertas kecil tadi.
Apakah pelanggan perlu lakukan, jika peniaga tidak menilai harga sebelum mereka makan.
Pelanggan hendaklah menunjukkan makanan yang diambilnya kepada peniaga dan tanyakan terlebih dahulu harga makanan tersebut sebelum mereka makan seperti disebut tadi supaya harga yang ditentukan oleh peniaga dapat dinilai dengan tepat dan tidak was-was apabila pembayaran dibuat nanti.
No comments:
Post a Comment