Pages

JANGAN MUDAH PUTUS ASA

Hidup ini seperti roda yang berputar.Ada masa diatas dan adakalanya dibawah. Semasa diatas mungkin kita lupa kepada-Nya. Kelalaian dan keseronokan dengan kemewahan membuat kita cuai dan lupa tanggungjawab dalam menunaikan suruhan-Nya. Langit pun tidak selalu cerah. Bila roda berputar kebawah, mula terasa kesempitan hidup sedikit demi sedikit mencengkam kita. Wang yang disimpan habis tak tau kemana perginya. Gaji yang sedikit tidak dapat menguruskan diri dan keluarga. Inilah dikatakan takdir kehidupan.

Pada yang putus asa pada Allah SWT selalunya akan menjuruskan diri menjadi kufur. Melakukan pelbagai kerja yang menyalahi hukum-hukum Islam. Berjudi dan minum minuman keras bagi menghilang rasa rendah diri dan susah hati. Mungkin ini ujian pada kita. Disebabkan kemiskinanlah banyak umat Islam menjadi kufur. Tengoklah di Indonesia sahaja berbagai perkara yang mendatangkan "uang" walaupun hukumnya syirik mereka lakukan juga disebabkan hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Ada setengah bapa sendiri sanggup menjualkan anak dara mereka sendiri pada bapa ayam untuk mendapat sesuap nasi untuk keluarga. Bacalah blog mazidul baru-baru ini. Ini semua disebabkan kemiskinan yang dialami oleh mereka. Oleh kerana iman yang tidak kuat dan goyah, maka jadilah berbagai perkara yang jarang kita alami di negara ini.

Orang yang beriman tapi kesempitan hidup membelenggu diri mereka tapi masih kuat pegangan kepada Allah SWT. Hidup dan mati mereka berserah bulat-bulat padaNya, maka Allah SWT pelihara mereka dan dicucuri rahmat-Nya. Firman Allah SWT Maksudnya:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ayat Seribu Dinar)

Dalam masa yang sukar ini, banyaklah berdoa pada-Nya supaya dihapuskan segala kesengsaraan dan kesempitan hidup. Pengalaman susah dan senang adalah ujian kepada hambaNya. Mungkin ujian ini bukan kepada mereka yang sudah memang mempunyai harta turun temurun yang banyak seperti anak-anak raja, pembesar-pembesar negeri, anak-anak menteri atau dato-dato. Mungkin pengalaman susah mereka tiada pernah rasai tetapi Allah SWT akan memberi ujian berbentuk yang lain pula. Seperti kematian orang yang disayangi, masalah rumahtangga, atau penyakit kronik.

Kepada semua bloggers-bloggers dan pembaca setia blog ini. Kalau kesusahan menghimpitkan anda masa kini, teruskan berdakwah dan berdakwah. InsyaAllah walaupun kesusahan berada dihadapan kamu. Nescaya Allah SWT akan menghantar hamba-hambaNya menolong anda. Allah SWT tidak akan lupa pada hamba-Nya yang sering berdoa memohon sesuatu hajat nescaya lambat atau cepat ada tangan-tangan-Nya yang akan datang menghulurkan bantuan kepada anda nanti. Ini yang selalu berlaku pada hambaNya yang taat padaNya dan serahkan hidup dan mati kerana-Nya,

Firman Allah SWT: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

Yakin pada Allah SWT itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah SWT semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya. Banyakkan beristiqomah kepadaNya. Segala yang datang, susah atau senang anggaplah ujian yang perlu kita hadapi. Jadilah hamba yang bersyukur dengan sedikit kesenangan dan kenikmatan yang diperolehi di dunia yang sementara ini. Kelemahan dan kekurangan diri adalah datang dari tindakan kita sendiri. Hanya yang baik datang dari Allah SWT.

P/S : Adakah aku kuat untuk hadapi dugaanMu, moga Kau memberi ketabahan dan kesabaran pada hambamu ini, inshaAllah



Photobucket


6 comments:

snow white said...

JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA,..yer..btol tu akak.. SW harap akak banyak2 bersabar.. itu dugaan-Nya buat hamba2 Nya.. setisp orang ada masalah tersendiri...yang membezakan besar or kecil masalah tu..dan mcm2 masalah.. apapun yang penting kita harus BERSABAR..OK akak, tabahkan diri ek.. :-)

sayda said...

Salam Idda

masalah bukan berlaku kepada orang yang susah sahaja, oarang-orang yang beradapun kadangkala lupa

kufur dan syirik mudah sahaja berlaku di kalangan yg kurang memahami ..

mudah2an kita sentiasa memelihara diri daripada melupakan Allah baik ketika susah mahupun senang..

FCUTEAM said...

perlu tabah.. banyak ujian yang tuhan bagi untuk kita belajar.. ^__^





Aiz latest entry
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Edy Ramanov said...

salam. silalah jenguk ke blog edy ya. thanks.
Blog Edy Dah Umur 3 Tahun!

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Bila ada pegangan kuat iaitu yakin dengan Allah nescaya kita akan keluar dari kekusutan. Hati juga pasti akan tenang sentiasa. InsyaAllah...

Ida Sazarina said...

kuatkan semangat...
andai kita selalu mengingatiNya,
pasti kita juga akan diigati oleh Nya~ :)