Pages

Showing posts with label RESEPI - Vegetables. Show all posts
Showing posts with label RESEPI - Vegetables. Show all posts

Kentang Goreng


BAHAN DAN CARA :
2 biji kentang, dipotong wedge/memanjang
Sebiji timun, dipotong memanjang
Sebiji karot, dipotong memanjang
Segenggam daun ketumbar
1 st mustard seeds
Sebiji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa

Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum, lalu masukkan kentang dan karot, kacau dan biarkan kentang dan karot empuk, tambahkan air jika perlu. Kemudian masukkan mustard seed, timun dan daun ketumbar. Rasakan. Angkat dan hidangkan.

Sayur Bobor




BAHAN :
150gm daun bayam
1 biji labu siam, potong 2cm
1 potong lengkuas, cincang
1 liter santan
4 helai daun salam (bay leaf)
Garam dan gula sesuai selera
Bawang goreng
Lada merah, hiris memanjang

BAHAN DIHALUSKAN :
1 s.t ketumbar, sangrai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA :
Dengan api sedang, didihkan bahan halus,lengkuas dan daun salam bersama santan dan labu hingga matang. Kecilkan api lalu masukkan bayam sambil dikacau rata, biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng dan lada merah.

Spinach Souffle


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
500gm bayam, bersihkan dan petik daunnya sahaja
1 s.b minyak/butter, termasuk menggris
1 s.b keju parmesan/mozarella
1 s.b tepung gandum
1 cawan susu segar
4 biji telur, asingkan kuning
1 biji putih telur
garam dan lada hitam mengikut rasa
secubit buah pala serbuk

CARA :
Masukkan bayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali, tutup kuali dan masak 4-5 minit. Angkat dan toskan. Perah sehingga air kering dan cincang kasar, ketepikan. Panaskan oven. Griskan 4 cawan souffle (cawan ketuhar) dan taburkan keju parmesan/mozarella, ketepikan. Panaskan perlahan minyak/butter, tepung dan susu di dalam kuali, kacau hingga berbuih dan masukkan adunan minyak ke dalam bayam dan kacau rata. Pukul kuning telur hingga berbuih, rasakan dengan lada hitam, garam dan buah pala serbuk. Dalam mangkuk berlainan, pukul telur putih hingga kembang, kemudian gaulkan perlahan dengan adunan bayam. Sendukkan adunan ke dalam cawan souffle dan taburkan lebihan keju parmesan/mozarella diatasnya. Bakar 3o minit atau hingga masak. Angkat dan hidangkan