Pages

Showing posts with label Lawaknye. Show all posts
Showing posts with label Lawaknye. Show all posts

3 Budak Hitam

Al Kisah
Tersebut lah  kisah
Di sebuah padang pasir terdapat 3 budak hitam
Salah seorang budak hitam itu terjumpa 1 botol yang aneh yang tertanam dalam pasir

Budak hitam 1: Hey tengok aku jumpa botol ni, tengok ada sesuatu yg bergerak dlm botol ni lah..
 Budak hitam 2: Cepat lah buka aku nak tengok apa benda tu...
 Budak hitam 3: Hey, jangan lah, nanti  sesuatu yg buruk terjadi mcm mana?

Budak hitam1: Hey, kalau takut gak pegi balik lah
Budak hitam 2: Betol2
Budak hitam 3: Tak nak balik nak tunggu jugak
Budak hitam 2: cepat lah buka botol tu 

Tiba2 keluar asap hijau dari botol tersebut lalu menyeru hey budak hitam, terima kasih kerana telah lepaskan aku dari botol ini. Sudah 1000 tahun aku berada dlm nie sejak tahun 0026 masihi. Dengan ini aku akan tunaikan permintaan kamu 

Budak hitam1: Jin,  aku nk jadi putih bole tak?
Tiba2, boooooooooom putih lah budak hitam 1

Budak Hitam 2: Jin, aku nak lagi putih dari budak hitam 1
Tiba2,  boooooooooooom putih lah budak hitam 2 dari budak hitam 1

Budak hitam 3: Jin, aku tak nak jadi putih, tapi aku nak kawan2 aku yang minta jadi putih tadi, jadi hitam dari aku. 

Maka budak hitam 1 & 2 jadi hitam sehitamnya




ih : Kah kah kah, bijak budak hitam 3 tu..

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


ih : ada hati nak kawen lain, hahaha






LAWAK SANGAT KER?????


1. Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
Kerana kalau kawin satu isONE
Kalau kawin dua isTWO
Kalau kawin tiga barulah isTERI... ..


2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!


4. "Cinta..ibarat kentut... "
Makin dipendam makin gelisah...
Bila di lepaskan ... ... .
Ahhhhhhh lega rasanya... ... .


5. Aku terpaku dek renungan matamu,
Hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
Nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
Lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!


p/s : Aku tengah ketawa sambil guling2 ni..



Photobucket