Pages

Showing posts with label RESEPI - Chicken. Show all posts
Showing posts with label RESEPI - Chicken. Show all posts

AYAM BAKAR JINTAN

BAHAN DAN CARA :
Untuk Ayam
Seekor ayam, dipotong 2 - bersihkan dan perapkan dengan jus lemon
1 biji bawang besar, dicincang
1 st jintan 
3 biji lada hijau,lebih pun bole
500ml stok ayam
Garam n pepper 

Untuk Croutun
2 keping roti putih, dipotong dadu dan bakar hingga coklat
1 biji telur
2 sb parsley
Garam n pepper
Cendawan shintake, dihiris nipis lalu digoreng bersama butter dan masukkan 1sb tepung gandum, rasakan, angkat dan ketepikan

1. Tumiskan bawang, lada hijau dan jintan hingga wangi, masukkan ayam dan kacau sebentar lalu masukkan stok ayam dan rasakan. Pindahkan ayam dan stok ke dalam dulang pembakar danbakar hingga ayam empuk dan kecoklatan. Keluarkan dan ketepikan.

2. Campurkan kesemua bahan untuk croutun, gaul sebati dan masukkan ke dalam cheesecloth atau cling film (sebab aku takde cheesecloth) dan gulungkan croutun, ketatkan dan ikatkan. Didihkan air lalu masukkan croutun, masakkan lebih kurang 5-10 min, angkat dan sejukkan lalu dipotong.

3. Potong ayam dan hiaskan dengan croutun, serta mashed potato atau pumpkin dan hidangkan.

MOROCCAN CHICKEN



BAHAN DAN CARA :
1 ekor ayam, potong 8 dan bersihkan
300ml stok ayam/sayur
2 biji bawang besar, dicincang halus
3 sb minyak zaitun
1 sb madu
1 st jintan dan 1 st ketumbar, sangrai dan kisar halus
1 sb serbuk cili dan 1 sb serbuk kayu manis, lebih pun bole
1 batang timun, potong memanjang
400gm kacang kuda dalam tin (jika ada) atau rendamkan kacang kuda semalaman
3 sb parsley, dihiris
Jus dari sebiji lemon
Garam n pepper

Masukkan kesemua bahan kecuali timun, kacang kuda, parsley dan jus lemon.
Masakkan hingga mendidih atau lebih kurang 25 min dan ayam empuk.
Masukkan timun, kacang kuda dan masak lebih kurang 10 min, baru masukkan parsley dan jus lemon. Rasakan. Angkat dan hidangkan bersama couscous atau nasi.

PIRI-PIRI CHICKEN


Ini bukan pari-pari or kambing biri-bri tau..nama piri ni aku amek masa lepak sambil makan kat Nando's, n kepedasan ayam ni pun mcm kat Nando's, so aku pinjam jek nama ni, bukan nak amek smue..hehehe





















BAHAN DAN CARA :
2 biji cili merah, lebih pun boleh
1 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji lada bengala merah
3 sb cuka
4 sb minyak zaitun
4 keping dada ayam
Sayuran salad, untuk hiasan

Cincang kasar lada bengala dan lada merah, kemudian gaulkan dengan bawang besar, cuka dan minyak zaitun dan perapkan bersama ayam, biarkan selama 30 minit.
Keluarkan ayam dan panggang atas grill atau kuali dan masak lebih kurang 5-6 minit dan balik2 kan.
Angkat dan hidangkan atas sayuran salad.


Sesame Chicken























BAHAN DAN CARA :
Bahan A
350gm paha ayam atau 1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sb tepung jagung
1 biji telur, ambil putihnya
1/2 st garam

Bahan B
1/2 biji timun, dibuang kulit dan hiris panjang
1 biji bawang besar, dihiris
1 tangkai daun parsli, dihiris
185ml sos manis Thai

Bahan C
Tepung jagung, untuk menyalut ayam
Minyak untul menggoreng
2 st bijan, dipanggang

Ayam diperap bersama bahan A, dan biarkan selama 20 minit.
Kemudian salut ayam dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak.
Angkat setelah kekuningan, toskan dan ketepikan.
Campurkan bahan B, gaul rata dan tuangkan keatas ayam goreng tadi.
Akhir sekali, taburkan bijan dan hidangkan

Ayam Panggang Madu n Yogurt

















BAHAN DAN CARA :
1 ekor ayam, dibersihkan dan dibelah dua
2 sb madu
2 sb yogurt
1 sb worchestire sauce
1 sb soya sos
1 sb serbuk cili
1 sb minyak zaitun
1 sb jus lemon
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam ayam dan perap ayam selama 2 jam. Keluarkan dan panggang ayam sehingga kecoklatan. Hidangkan

Chicken Koobideh




















BAHAN DAN CARA :
1kg ayam tanpa tulang, dicincang halus
2 st garam
2 st serbuk cili
2 st serbuk kunyit
3 gm serbuk safron
100gm minyak sayuran/zaitun
250gm air bawang

Gaulkan ayam yang telah dicincang bersama air bawang, kemudian masukkan serbuk kunyit, cili, safron dan minyak sayuran/zaitun, rasakan. Gaul rata, kemudian cucukkan ke besi pencucuk dan panggang hingga kecoklatan. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

Kebab Ayam


























BAHAN DAN CARA :
1kg dada ayam
250gm air perahan bawang besar
1 cawan minyak sayuran/zaitun
Garam dan serbuk lada hitam, untuk rasa
1 st serbuk kunyit
2 cawan air dicampurkan sedikit safron
Sebiji tomato, untuk hiasan (dipanggang bersama ayam)
Lemon dan bawang besar, untuk hiasan

Potong kecil dada ayam dan masukkan ke dalam mangkuk.  Kemudian masukkan air safron, serbuk kunyit, minyak sayuran dan rasakan. Perapkan selama 3 jam kemudian baru dipanggang. Semasa panggang, renjiskan air bawang keatas ayam. Angkat dan hiaskan. Hidangkan

Cajun Chicken with Lime and Tomato





















BAHAN DAN CARA :
2 biji limau nipis, dibelah 4
3 biji tomato, dibelah 4
Daun ketumbar, dihiris kasar
4 keping bahagian dada ayam
2 sb serbuk cajun

Perapkan ayam dengan serbuk cajun, gorengkan hingga kecoklatan. Angkat dan ketepikan, lalu dihiris tebal sedikit isi ayam tersebut. Gorengkan limau nipis dan tomato sebentar, angkat. Campurkan kesemua bahan yang telah digoreng bersama daun ketumbar. Hiaskan dan hidangkan.

Ayam Bakar Lemon



























BAHAN DAN CARA
2 ekor ayam kecil, dibelah dua
2 biji bawang besar, dicincang
2 biji lada merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 batang daun bawang, dihiris kasar
1/4 cawan minyak kacang
1/4 cawan jus lemon

Tekankan ayam yang telah dibelah tadi hingga agak leper dan ketepikan. Masukkan lada merah, bawang putih, bawang merah, minyak kacang, daun bawang dan jus lemon ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga lumat lalu dilumurkan pada ayam. Perapkan ayam selama 1 jam atau semalaman. Keluarkan ayam dari bahan perapan, masukkan ayam ke dalam loyang pembakar, tuangkan sisa perapan keatas ayam dan bakar selama 40 minit atau ayam matang. Angkat dan hidangkan.

Bharuchi Murghi (Home Style Parsi Chicken)




BAHAN DAN CARA :
4 st kacang kuda
7 batang lada kering
375gm kelapa parut segar
30gm kacang tanah, goreng tanpa minyak
3 sb minyak masak
2 biji bawang besar, dihiris halus
400ml santan
180ml air
1.5kg ayam, dipotong
180gm yogurt
1 biji lemon, ambil jusnya
4 st bharuchi garam masala (Rujuk bahagian Resepi - Lain-lain)
Garam dan sebuk lada hitam, untuk rasa

Kisarkan kacang kuda, lada kering, kelapa parut segar dan kacang tanah bersama hingga lumat dan ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan 1 st garam, goreng hingga kecoklatan lalu dimasukkan bahan yang telah dikisar dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, air, daging ayam dan masakkan ayam lebih kurang 20-30 minit. Keluarkan ayam dari penggorengan, masukkan ke dalam pinggan,lalu dicampurkan yogurt, jus lemon dan bharuchi garam masala, kacau rata. Masukkan kembali ayam ke dalam penggorengan dan aduk hingga sebati. Angkat dan hidangkan.


Chicken Chettinad





BAHAN :
1 ekor ayam, potong 8
1/2 cawan buttermilk
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 s.t asafoetida
2 biji bawang besar, cincang
2 1/2 s.t halia cincang
3 ulas bawang putih, cincang
3-4 s.t serbuk cili
2 s.t serbuk ketumbar
3 s.t serbuk kunyit
4 biji tomato, cincang
1/2 cawan daun ketumbar, hiris kasar
10 keping daun kari
Garam dan lada hitam
Minyak masak

CARA :
Perapkan ayam dengan buttermilk, simpan dalam peti ais sementara siapkan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan cengkih, kayu manis dan buah pelaga, goreng hingga harum. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk lada, ketumbar serta kunyit dan masak hingga kecoklatan. Masukkan tomato dan ayam yang telah diperap bersama buttermilk tadi. Kacau rata dan biarkan lebih kurang 10-15 minit atau hingga ayam masak. Rasakan. Taburkan daun ketumbar, daun kari dan kacau. Angkat dan hidangkan bersama nasi butter.

Gulungan Ayam Bersos Oren


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
2 s.b butter/minyak
2 s.t parutan kulit oren
4 keping kulit limau, dihiris nipis
3 biji oren, ambil jusnya
2 biji bawang merah, cincang dan goreng dengan sedikit butter
1/4 cawan breadcrumbs
2 s.b blackcurrant
1kg ayam, bahagian dada
garam dan lada hitam
2 keping biskut tawar/marie, pecah-pecahkan

CARA :
Masukkan parutan kulit oren, 2 s.b jus oren, bawang yang telah digoreng dan breadcrumbs (a). Ketuk-ketukkan ayam hingga leper dan taburkan garam dan lada hitam. Masukkan (a) ke dalam ayam yang telah leper, gulungkan ayam tersebut dan tutupkan dengan pencungkil gigi. Panaskan butter/minyak dan goreng gulungan ayam hingga kecoklatan. Kecilkan api dan masukkan lebihan jus oren dan balik-balikkan ayam tersebut. Masukkan blackcurrant serta garam dan lada hitam. Masak selama 20 minit. Angkat ayam dan ketepikan. Masukkan biskut marie/tawar ke dalam gorengan tadi dan tambahkan air atau jus oren jika pekat dan tuangkan sos keatas gulungan ayam dan hiaskan dengan hirisan kulit oren.

Ayam Bersos Strawberi


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
400gm ayam, bahagian dada
4 biji bawang merah, hiris halus
lada hitam dan garam sesuai rasa
1/2 cawan air panas
1 s.b jam strawberi
2 s.t cuka
1 s.t daun pudina, hiris halus
2 biji strawbery, dibelah 2
1 s.t tepung jagung
1 s.t air suam
2 biji strawberi, untuk hiasan

Buah badam, hiris

CARA :
Panaskan kuali,masukkan bawang merah, ayam, tambahkan garam, lada hitam dan air. Biarkan mendidih lebih kurang 20 minit. Angkat dan hidangkan dalam pinggan, ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan jam strawberi, cuka, daun pudina dan belahan buah strawberi, masak selama 1 minit. Kacau tepung jagung dan air, masukkan ke dalam sos, biarkan mendidih dan pekat. Hiaskan ayam dengan strawberi, buah badam dan taburkan sos ke atas ayam.

Ayam Rica-rica


(Resepi dari koleksi buku resepiku)

BAHAN :
1 ekor ayam, dibelah 4
1 s.t garam
1-2 s.b air limau purut
2-3 biji tomato, potong-potong
garam dan gula sesuai selera

BAHAN DIHALUSKAN :
10 biji lada merah
5 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
3 s.t halia cincang
2-3 biji tomato, dipotong

CARA :
Lumu ayam dengan garam dan air limau purut selama 15 minit. Tumis bahan halus sampai matang, masukkan tomato dan ayam, aduk rata. Tambahkan 250ml air dan biarkan ayam matang. Angkat dan ketepikan. Kemudian Panggang ayam diatas api atau dalam oven sambil membalikkan ayam, panggang hingga kecoklatan. Angkat dan hiddangkan.

Ayam Masak di Belanga


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
1 ekor ayam, potong-potong
1-2 s.b air limau nipis
1 helai daun kunyit, hiris halus
i helai daun limau purut, hiris halus
2 btg daun bawang, hiris
1 helai daun pandan, hiris halus
2 btg serai, memarkan
10-15 biji cili padi, hiris halus
250ml air
garam dan gula mengikut selera

BAHAN DIHALUSKAN :
2 s.t kunyit cincang
2 s.t halia cincang
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato, cincang
1 s.b garam

CARA :
Lumur dan ramas ayam dengan 1 s.t garam dan air limau nipis, biarkan 10 minit. Panaskan 3 s.b minyak, tumis bahan halus sampai harum. Masukkan ayam dan semua sisa bahan kecuali cili padi, kacau rata. Tambahkan 250ml air, didihkan. Masak ayam sampai matang dan masukkan cili padi dan biarkan hingga pekat. Angkat dan hidangkan, jika suka boleh tambahkan daun selasih.

Ayam Goreng Lengkuas


(Resepi dari koleksi buku resepiku)


BAHAN :
1 ekor ayam, potong 8
1 btg serai, memarkan
2 helai daun salam (bay leaf)
4 s.b lengkuas parut

BAHAN DIHALUSKAN :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 buah keras, sangrai
2 s.t kunyit cincang
1 s.b air asam jawa

CARA :
Campur dan ramas ayam dengan bahan halus dengan lengkuas parut hingga sebati. Gorengkan ayam dengan api sederhana lalu dimasukkan daun salam, serai dan tutup. Biarkan hingga ayam kecoklatan. Angkat dan toskan minyak. Taburkan dengan rencah yang digoreng bersama ayam tadi.

Ayam Betutu


(Resepi dari koleksi buku resepiku)

BAHAN :
1 ekor ayam
100gm daun ubi kayu muda, direbus, perah airnya dan dipotong-potong
garam dan gula mengikut rasa
daun pisang/aluminium foil, untuk memanggang
5 s.b minyak masak

BAHAN DIHALUSKAN :
7 biji lada merah dan 5 biji cili padi
5 buah keras
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 s.t belacan
2 s.t lada putih biji
1/2 s.t pala serbuk
1 s.b ketumbar, sangrai
1 btg serai, hiris halus
4 keping daun limau purut
1 s.b lengkuas cincang
2 s.t kunyit cincang
2 s.t halia cincang

CARA :
Dengan 5 s.b minyak, tumis bahan halus sampai harum dan kering, sejukkan, bagi menjadi 2 bahagian. Campur satu bahagian tadi dengan daun ubi kayu, kemudian masukkan ke dalam ayam, rapatkan dengan lidi. Lumurkan sisa bahan pada permukaan ayam, bungkus dengan aluminium foil atau daun pisang, ikat kuat dengan tali. Panggang dalam oven pada panas 180C, 2-3 jam sampai matang. Angkat dan potong-potong. Hidangkan.

Catatan : Untuk menyingkat waktu ayam betutu, boleh dikukus lebih kurang 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam. Di Bali, ayam/itik betutu dbungkus lagi dengan pelepah pisang, ditanam dalam lubang di tanah lalu diisi dengan bara api dan dibiarkan selama 6-7 jam.