Pages

YOUR MOTHER

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my MOTHER

P/S : ALHAMDULILLAH..

DIRI SENDIRI WAJAR JADI CONTOH

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.


Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.

Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?
Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

P/S : AKU JADIKAN DIRIKU SENDIRI SBG CONTOH, BARU AKU CUBA JADIKAN ORANG LAIN CONTOH BUAT DIRIKU

CIRI CIRI ISTERI SOLEHAH

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?  Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya. Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661). Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)". Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

P/S : AKU BERUSAHA UNTUK MENJADI ISTERI YANG TERBAIK SETIAP HARI, INSHAALLAH

JAGA MASA ANDA SEBAIK MUNGKIN

Sekiranya masa yang lalu boleh dikembalikan kepada kita semula, maka ramai yang sanggup membayar walaupun harganya sangat tinggi. Begitu juga dalam filem “Back To The Future” lakonan Michael J.Fox yang boleh kembali ke masa yang lalu dan masa depan dengan ciptaan mesin "Time Travel" dari seorang professor yang boleh kembali dan membetulkan sejarah.
Jika kita boleh kembali ke tahun 1942 di Jerman. Menolong seorang lelaki yang bernama “Adolf Hitler” dan membantu beliau menghapuskan semua yahudi di Eropah, maka sejarah hari ini akan berubah sama sekali. Tiada pergolakan dan perang di Palestin dan Lubnan. Rakyat Palestin hidup aman dan dunia hari ini tidak lagi dikuasai oleh yahudi maupun nasrani. Mungkin anak-anak kita hari ini pandai berbahasa Jerman dan Jepun kerana merekalah yang memerintah dunia sebab Amerika dan Britain yang tentu kalah seperti mana Jerman dan Jepun kalah dalam perang dunia ke2 dahulu.

Jadi masa itu sebenarnya lebih bernilai dari emas kerana masa yang lepas adalah sejarah untuk kita tidak mengulangi kesilapan dalam menentukan masa depan yang kita belum tahu lagi. Sekiranya kita menjaga masa dengan betul pasti mendapat kejayaan dalam hidup ini. Bijak pandai ada jugak mengatakan, `"masa itu emas". Hukum pula mengibaratkan masa sebagai pedang. Jika kita manusia tidak berusaha untuk mendahuluinya dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita. Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing.

Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh tertentu untuk mereka menyiapkan tugasan. Apabila disiapkan pada tempoh seperti ditetapkan, maka pekerja itu benar-benar memahami kepentingan menjaga masa. Islam mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:

1. Membuat perancangan yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa. Tempoh menyiapkan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja tertangguh dan tidak sistematik. Nabi Allah Ibrahim a.s sendiri umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah SWT, bermuhasabah diri dan berfikir mengenai ciptaan Allah SWT serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.

2. Sentiasa menepati masa kerana sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya hal negatif lain akibat kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa. Kata-kata hikmat menyatakan: “Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok”.

3. Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.

4. Menjaga kualiti masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan tetapi Islam sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati.”

5. Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia dituntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”

6. Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap.”

7. Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah SWT sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” (Surah al-Imran, ayat 137)

8. Martabat manusia dinilai dengan masa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”

Allah SWT menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan. Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah SWT untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.

Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka. Selain beriman, dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

P/S : BYK MASA AKU TERBUANG DGN FACEBOOK..ASTAFIRULLAHALAZIM

RIYADH KENA SERANG LAGI....



Wuakakakakaaa mesti ingat kena serang apa kan...kena serang dengan ribut pasir daa... Semalam masa nak shopping tengok kat luar, mcm suram jek...pas dah abis shopping, MashaAllah rupanya sand storm..dah kena sand storm ni, bawa keta have to berhati-hati, jalan bukan clear sangat..Tapi ada gak org2 saudi ni bawa keta mcm pelesit...suka hati diaorg jek, tak kira lah hujan, ribut ke...tetap nak bawa lelaju..sndri mau ingat brader..sister takde, sbb kat Riyadh ni sister2 tak bole bawa keta...sbb tu bila aku balik JB, tak drive mcm gian jek..ketagih tahap cipan..hahahaha..

Ermmm sekeping jek gambar sand storm ni...jadi lah...pasgi tadi dapat walking2 jap kat roof top..udara pun nyaman n sejuk..dgn baju tidur aku walking2..huhuhu

P/S : MELELEH SKIT LELEMAK KLUAR PAGI NI...HAHAHAHA




INGAT ALLAH HIBURAN GOLONGAN BERIMAN

MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling. Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.

Ada tiga kategori hiburan:
i- Bagi seorang mukmin ialah iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan. Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal. Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang."

ii- Hiburan kategori kedua iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah. Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja. Namun, hiburan kategori ini selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.
iii- Hiburan kategori ketiga paling popular terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam dan berpasangan adalah menjadi hambatan hidup remaja kini. Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan. Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang. Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat. Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan

P/S : MUZIK MELALAIKAN...

3 GOLONGAN LAYAK JADI PENGHUNI SYURGA

SESEORANG yang beriman belum tentu ia seorang bertakwa tetapi jika seseorang itu bertakwa, sudah tentu ia orang yang beriman. Dalam al-Quran, Allah menggesa orang yang beriman supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai Muslim.(Surah ali-Imran, ayat 102)

Ayat ini menjelaskan tidak semua orang yang beriman itu benar-benar bertakwa hinggakan Allah menegur mereka supaya menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal salih. Mereka yang sudah beriman, beramal salih dan bertakwa disediakan Allah ganjaran syurga. Ketahuilah bahawa dalam syurga terdapat nikmat yang tidak pernah terlintas oleh mata, telinga dan hati manusia. Inilah kebesaran Allah terhadap hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Untuk hamba-Ku yang salih, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlintas oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah sedikitpun terlintas dalam hati manusia (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah)

Inilah kehebatan Allah dalam menyediakan ganjaran kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Melalui hadis itu dapat difahami bahawa, Allah memberitahu kepada hamba-Nya mengenai nikmat dan kesenangan yang akan diberikan kepada hamba-Nya yang salih. Bermacam corak ragam serta bentuk nikmat kesenangan yang disediakan itu menandakan keagungan dan kebesaran-Nya.

Nikmat itu sebenarnya tidak dapat digambarkan atau dilukiskan dengan tepat seperti adanya, kerana ia bersifat kekal abadi, tidak luntur dan lusuh, jauh sekali daripada menjadi buruk atau seumpamanya yang membawa kepada kehancuran. Inilah nikmat yang perlu direbut manusia. Manusia yang beriman kepada Allah mesti bersyukur kepada-Nya kerana mereka dihidupkan sebagai seorang Muslim dalam agama Islam dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan inilah nikmat terbesar diterima umat Islam yang balak menghuni syurga Allah.

Untuk menghuni syurga Allah, al-Quran menerangkan ciri hambanya yang layak terdiri daripada orang beriman lagi bertakwa :

* Pertama ialah mereka yang menjauhi penyembahan berhala iaitu menjauhkan diri daripada mensyirikkan Allah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi murtad dan orang yang mendengar arahan Allah dengan mengikutnya melakukan kebaikan, menjauhi larangan-Nya.

Dengan melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah, jelaslah mereka itulah orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: Bagi mereka yang menjauhi penyembahan berhala dan kembali mentaati kepada Allah, tersedia khabar gembira. Beritakanlah khabar gembira itu kepada hamba-Ku yang mahu mendengarkan kata-kata (yang hakikatnya dari Allah) lalu mereka mengikuti kata-kata yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.(Surah al-Zumar, ayat 17-18)
* Kedua ialah orang yang beriman dan beramal salih dengan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Wahai hamba-Ku yang salih, tidak ada rasa takut pada diri kalian di hari ini (hari Kiamat) dan tidak pula kalian rasa sedih. Mereka itulah orang yang beriman kepada tanda kebesaran kami dan mereka yang Islam (menyerah diri kepada Allah). (Surah al-Zukhruf, ayat 68-69)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan sifat hambanya yang beriman iaitu mereka yang rasa takut pada hari kiamat dan tidak pula berasa sedih untuk meninggalkan dunia kerana mereka adalah orang yang tunduk patuh kepada peraturan Allah di atas muka bumi semasa hayatnya.

* Ketiga ialah orang Islam. Sesungguhnya syurga itu adalah tempat orang naik saksi bahawa tiada Tuhan berhak disembah melainkan-Nya dan mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba dan utusan-Nya.
Apabila orang yang sudah mengakui syahadah, walaupun sebelum itu mereka berada dalam kekufuran akan dimasukkan Allah dalam syurga-Nya kerana ia adalah tempat kembali bagi orang yang sudah memeluk agama Islam.

Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga. (Hadis diriwayatkan al-Daimali)

Inilah ciri manusia yang akan menjadi penghuni syurga kelak. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang akan menjejakkan kaki ke sana kerana ia adalah tempat yang tidak ada bandingnya dengan tempat dilihat manusia di atas muka bumi ini.

P/S : ADAKAH AKU LAYAK KE SYURGA MU, YA ALLAH..BERIKAN LAH AKU RAHMATMU

JAGA AIB

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian, keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’. Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti

“Eh, itu anak haram”

“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.

Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat. Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:

•Cerita keburukan orang
•Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
•Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
•Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya

Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.

Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”

Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian. Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai. Satu lagi, jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram. Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang.

Tidak ada untungnya

SOLAT LAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN

"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama,sesiapa yang meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama."
80 peratus rakyat Malaysia tidak menyempurnakan solat 5 waktu dalam sehari.Ini kajian yang dibuat oleh Dr Fadzillah Kamsah.Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi,yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.Tambah beliau,hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima dalam sehari.Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.
Sedih mengenang tentang hal ini.Begitu ramai yang tidak menitik beratkan soal solat ini.Sedangkan menunaikan solat adalah tuntutan fardhu ain yang wajib kita lakukan sehari-hari.Islam terbina atas rukunnya,dan salah satu rukun Islam adalah menunaikan solat.Jika solat tidak dijaga,harus bagaimana mahu mendirikan tiang agama.
Tiada alasan untuk meninggalkan solat sehingga kamu masuk ke liang lahad!
Ya,sesukar mana pun kondisi kita,solat wajib dilakukan.Dalam keadaan perang, sakit waima berada di angkasa lepas sekali pun,solat tetap solat!Tiada alasan untuk kita meninggalkan solat.Hakikatnya pahit namun harus ditelan juga,betapa ramainya masyarakat kita yang masih jahil tentang ilmu solat ini.
"Eh,kau sakit kaki ni,berbalut ni,kau solat tak?"kawan ana bertanya pada seorang rakan
"Errr..tak,aku tak boleh..errr...kaki aku sakit lagi,macam mana nak ambil wudhu,"jawab beliau.
"Alahai,kawan serumah kau takkan tak ajar ke cara solat duduk?Kenapa tak boleh solat pula?"
"Errr...aku tak tau nak solat duduk macam mana."
Ya,itu salah satu realiti.Ramai sebenarnya yang masih tidak mengetahui sedalam-dalamnya ilmu solat ini,mahu bertanya soalan yang dianggap remeh,malu pula diejek rakan.Wahai kawanku,apakah kau letakkan malu itu dalam keadaaan yang betul?Sungguh itu satu kezaliman pada diri sendiri.tidak salah kalau sudah berumur,belajarlah lagi cara solat yang betul.Malu untuk apa kalau perkara yang kita buat itu adalah perkara yang tidak sia-sia.

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Jelas sekali firman Allah tersebut.Solat bisa menjadi dinding kepada kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
"Jadi,bagaimana pula kalau orang yang solat,tapi dia masih tidak menutup aurat?"

Persoalan sama ada solat kita diterima oleh Allah s.w.t bukan kerja kita.Begitu juga dalam penerimaan hidayah.Ramai yang solat tetapi auratnya,perlakuannya masih tidak sempurna.Solat cukup 5 waktu,tetapi masih melakukan perkara -perkara mungkar.

Nah, jika perkara sebegitu terjadi pada diri kita,ayuh kita bermuhasabah kembali. Apakah selama kita solat seumur hidup ini,kita betul-betul solat atau kita lalai.Apakah niat kita solat kerana Allah s.w.t atau kerana niat lainnya.Apakah kita mengerti kenapa perlu kita solat?Itu persoalan pokok yang mesti dijawab secara jujur.Bermuhasabahlah kembali.Pasti ada kecacatan dalam solat kita selama ini.

MELENGAHKAN WAKTU SOLAT
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerima secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat,haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril. Ini menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah.

Oleh itu,sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat,adalah golongan yang sesat.Allah berfirman yang bermaksud :

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

Abdullah bin Abbas berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan daripada waktunya. Misalnya seseorang yang menunaikan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu maghrib, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta solat Subuh dilaksanakan selepas terbit matahari.

Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumbankan ke sebuah lembah bernama al-Ghai’a dalam neraka dan diberikan makanan amat jijik. Jika mengerjakan solat fardu di luar waktu sudah sebegini hukumannya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa orang yang tidak menunaikan solat fardu sama sekali. Justeru, melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, marilah kita mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat supaya kehidupan seharian sentiasa tenang dan dapat menghindarkan daripada melakukan mungkar.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda kesyukuran).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2).

SOLAT KHUSYUK JIWA TENANG..ITU UBATNYA
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)
Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45). Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.

“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya. Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.

“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”